Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Monday, May 26, 2014
Assalamualaikum readers
Bukan nak salahkan sesiapa, tapi sekadar meluah rasa.
Sedih bila Ma  meluah rasa dalam bicara,
menusuk ke hati bisanya  terasa-rasa.
Andai aku mampu menenangkan dengan kata-kata.

Biarlah Ma, orang nak berkata apa sekali pun.
Mereka itu golongan bijak pandai,
seolah-olah terjamin tempatnya di syurga. Kesian Ma.
Janganlah pandang Ma saya sebelah mata.
Sayu hati ni mendengar setiap bait-bait kata Ma.
Rasa nak mempersoalkan kenapa, tapi rasional saya sentiasa ada.

Islam itu agama warisan, dan semua tahu penguasaannya bukanlah warisan.
Itu bergantung kepada kehendak dan keinginan.
Dan tak semuapun antara kita ni lahir je terus celik mata nak kan agama.
sekurang-kurangnya Kami (adik beradik) tak se-bertuah itu.
Again, ini bukan alasan atau mempertahankan diri.
Tapi lebih kepada meluahkan bila ada mulut-mulut tak bertimbang rasa.

Ma saya seorang muallaf yang bertemu dengan Islam secara tak sengaja.
Kahwin dengan ayah saya, orang biasa bukan imam atau bilal atau orang alim.
Ayah yang sangat baik, sebab beliau seorang ayah yang tegas.
Tegas mendidik kami untuk solat, mengaji dan sangat bekerja keras.
Tapi hidup saya dengan ayah tak lama.. Ayah pergi di usia saya 12 tahun.

Tinggal Ma saya.. Muallaf itu utk besarkan anak-anak dia.
Ilmu agama dia cetek yang amat! Yang tahu suruh solat dan mengaji.
Tapi nak diajar sebetul-betulnya pun dia malu. takut salah.
Jadi dia tekankan belajarlah di sekolah dengan ustaz ustazah.
Ilmu dia cetek, dia tak boleh nak ajar tapi boleh suruh belajar.
Cetek yang amat sebab dia tak tahu nak baca quran.
Buta huruf-huruf jawi, solatnya lengkap tapi bertahun-tahun dia baca surah yg sama.
Yang diajar ayah, serba sedikit sebagai panduan untuk jadi Islam.
Dia hafal, gigih!

Ma tak pernah salahkan Ayah. Sebab Ma kata ayah bekerja kuat.
Anak-anak ayah ramai yang perlu disuap. Sebab tu ayah selalu kata,
"belajarlah..Ayah tak mampu nak ajar."
Sekarang aku faham.. Ayah tak mampu nak ajar sebab ayah takda masa.
Berkejaran kerja siang malam untuk kelangsungan kami semua.
Kami adik beradik banyak belajar agama di sekolah.
Ma hanya akan suruh sembahyang dan pergi mengaji.
Tapi ada jer tuang dan ponteng, sebab point utama, Ma bukan tahu pun.
Penekanan aspek agama kurang.. Main panas lagi best.

Dulu kecik-kecik, TV memang takleh buka time maghrib.
Ma nak sembahyang. Ma solat lama.. Sekarang aku berani tanya.
Sebab apa dulu Ma solat lama walhal  masa tu Ma bukan tahu doa panjang2 pun.
Ma kata dia guna waktu tu untuk berkomunikasi dengan Allah. Cara dia.
Mungkin berdoa dan mengadu domba. Aku sendiri tak pasti.
Ma kata dia sedih, selalu tengok orang baca doa panjang-panjang..
Tapi dia tak reti. Anak-anak pun bila besar mula ikut kepala sendiri.
Bukan Ma tak nak ajar, ma sendiri pun cetek penguasaannya.
Ma menangis.. Ma kata Ma gagal. Aku sedih gila bila teringat ni semua.

Now, bila dah besar. Aku makin faham.
Sebab aku mencari, aku membaca dan aku berkawan.
Aku berkeinginan, tapi tak semua pun begini.
Masih ada yang lalai, masih ada yang tuang sana sini.
Takpelah, aku tahu di mana silapnya. Sama-sama kita doakan.

Aku mula menyokong bila mana Ma menyuarakan nak g belajar agama.
Ma gi sekolah di Perkim. Belajar mengaji belajar solat belajar macam-macam.
Ma makin pandai, sepandai kita walau banyak lagi yang kurang..
Ma diajar dan dididik oleh ustaz ustazah seperti kita di sekolah rendah & menengah.
Dari buta jawi, tak boleh baca quran. Sampai Ma boleh baca walau lambat.
Macam budak-budak baru mengenal huruf quran. Itulah Ma.
Sekarang banyak improvement. Ma dah boleh baca Yasin dan quran sendiri.
Kenal huruf Mad, idgham, qalqolah dan sebagainya. Bukan aku yang ajarkan Ma.
Gagal di situ. Moga dibukakan ruang utk aku spend quality time with Ma.
Dulu Ma baca ikut aku atau sesiapa yang baca, tapi now boleh ngaji sama-sama.
Bertanding dengan cucu-cucu pula sekarang ni. Seronok tengok :)
Budaya islam terpupuk kini, dulu tak begini. Dulu banyak baca buku BM/BI.

Sedih.. sedih sebab aku tak berpeluang nak ajar Ma.
Masa seolah-olah habis mengejar ilmu dunia, tinggal di rantauan
dan sekarang pun sama, kerja jauh dari Ma.
Bangga, sebab aku nampak Ma ceria.
Keinginan Ma bercambah membuahkan hasil.
Walau tak perfect, tapi banyak improvement. Ma tahu banyak doa.
jihad Islam Ma makin bercambah dan bertambah.

Kesimpulan di sini, aku nak cakap.. Walaupun aku membesar dengan
seorang ibu yang sangat cetek ilmu islamnya, tak bermakna Ibu aku salah!
Tak bermakna orang-orang layak nak mengata Ma tak reti ajar kami.
ya memang dulu Ma tak tahu. Kami belajar di sekolah dan tahu sendiri
Tapi tak bermakna Kalian layak salahkan Ma sebab Ma tak ajar kami semua tu.
Kami tak bertuah... tapi tak bermakna kami jahil dan dan Ma gagal.
Aku sentiasa doakan adik-beradik aku.
Agar sentiasa dibukakan pintu hati untuk terus mencari dan mencari.
Sebagaimana Ma mencari ilmu islam untuk dirinya walau selepas
melahir dan membesarkan kami semua.
Jadi doakanlah kami semua menjadi pejuang macam Ma.
Doakan kami semua turut akan mencari ilmu-ilmu itu sebagaimana Ma.
Jangan sesekali jatuhkan hukum kepada Ma. Dia ibu yang terbaik buat ku.


Friday, May 16, 2014
Assalamualaikum readers
Selamat Hari Guru untuk semua.
Rindunya zaman sekolah. Rindu nak lepak-lepak.

Rindu semua tentang sekolah..*sebak!
Cepatnya masa berlalu. Almost 15tahun tinggalkan sekolah rendah.
Ingat lagi, sepanjang sekolah rendah.
Selalu duduk dalam kelas pertama, 'Tekun".
Kononnya macam pandai sangat la kan? Tapi yer kot.
Hari tu tengok buku rekod sekolah rendah, berderet A.
Manjang jadi top scorer.. Tak no 1, no 2 atau 3 sahaja.
Tapi sejarah la tu. Sekolah rendah semua pun hebat.

Rindu Mrs. Tan, the one and only teacher diingati.
Sebab Mrs. Tan ni kira legend la kat sekolah SKS.
Legend sebab dia mengajar situ lama gila. Dari zaman KakLong,
Sampai zaman adik Suya, Ikah.. Now dia dah pencen.
Legend sebab after 10years pun dia masih ingatkan aku.
Padahal dah gemuk gedempol, takda langsung wajah zaman dulu.
Thanks teacher, memang besar sangat jasa teacher dengan saya.
Sebab Teacher la saya suka English lesson. Sebab tu juga till now,
I love english books and keep improving myself.
Sampai sekarang masih menulis perkataan-perkataan baru.
Enrich my vocabulary. Thanks Mrs. Tan.
Cikgu-cikgu lain masa sekolah rendah yang masih diingati,
Cikgu Latipah, Sir Zawawi, Cikgu Zainudin, Cikgu Hasnah, Cikgu Mad Awang,
Ustazah Fatimah, Cikgu Lokman.. Selamat Hari Guru cikugu-cikgu.

Masuk sekolah menengah, hilang segala legend.
Sebab duk sekolah tu, mostly pun pandai-pandai.
Payah gila kot nak jadi top one. Macam tak pernah je.
Hahahahaha semua bersaing kot masa tu. Dapat A senyum meleret.
Dapat B boleh lagi senyum, dapat C terus rasa nak hantuk kepala.
Memori, belajar Addmath guna buku log panjang.
Pastu setiap beberapa page mesti ada lukisan, sebab bosan.
Masa tu selalu la cakap, apesal la suka sangat buku log.
Berat kot, merasalah bawa beg berat-berat serbu nak naik bus.
Thanks cikgu-cikgu di SMIP. Jasamu banyak sangat.
Selamat Hari Guru cikgu-cikgu tersayang.


Tuesday, May 6, 2014
Assalamualaikum readers
Yer betul, memang tiada sempadan rezeki.
Yang kena buat adalah bersyukur dan teruskan berdoa.
Aku selalu nasihatkan diri, minda dan hati.
Berlapang dada dengan apa jua yang dilalui.
Sebab Allah SWT lebih tahu segalanya yang terjadi.

Allah itu maha pemurah, pemberi rezeki
Tak da yang lain melainkan dia, sebaik-baik pencipta.
Ada masanya, memang rasa tak mampu nak handle
Tapi selalunya akan ada seseorang yang meniupkan semangat.
Maka dalam diam hati berkata, "Allah kirimkan dia."

Yup, mereka. Suami, Ma, Mama, Siblings, family in Law
Rakan-rakan tersayang, Yahuya & Hotspring.
Bergelak ketawa, bergurau senda memang membahagiakan.
Dan setiap kali bersama mereka walau di alam maya
hati berkata lagi, " Allah jadikan mereka teman-temanku."

Alhamdulillah, almost 26years hidup di muka bumi ni.
Allah permudahkan rezeki insan bernama Suria Hasnizan ini.
Allah jadikan aku sebagai salah seorang yang celik ilmu,
Digandakan aku rezeki belajar bersama-sama teman yang celik ilmu,
Dimudahkan jalanku untuk ke universiti
Dipermudahkan jodohku dengan si baik dan lembut hati.
Digandakan rezeki ku di medan pekerjaan.
Diberikanku kesenangan menguruskan perkahwinan sendiri
Diberikan kelangsungan hidup yang bahagia, semoga berterusan selamanya.

Tak mampu nak senaraikan semuanya.
Sebab terlalu banyak nikmat-nikmat Allah beri sepanjang 25tahun  10 bulan ni.
Nikmat terbesar, nyawa yang tiada galang gantinya ini. Alhamdulillah.
Aku bersyukur dan aku redha dengan segala ketentuan Mu ya Allah.
Kau jadikanlah aku sebagai  seorang insan yang tahu bersyukur.
Kau ajarlah aku untuk terus bersyukur tanpa sekalipun berfikir akan kerugian.
Kau lindungilah aku daripada sifat hasad dan dengki,
Kau jauhilah aku daripada sifat-sifat jahiliyah dan tidak bersyukur.
Sesungguhnya Engkau tuhan yang aku sembah
Yang Maha Kuasa, Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Mendengar.
Engkaulah Pemberi Rezeki di dunia ni, yang memegang segala sempadan.

Amin ya RabbalA'lamin
Monday, May 5, 2014
Assalamualaikum readers
Bulan 5 ni, bulan birthday anak-anak saudara
1 May birthday Achik Fakhrihadi.
3 May birthday Adinda Faris :)
5 May which is hari ni birthday Along Irsalina
6 May esok birthday Husna.
Alhamdulillah, kehidupan yang dirahmati Allah.
Kebahagiaan di segenap sudut.

Cikjey doakan anak-anak CIkjey bahagia
jadi anak soleh dan beriman kepada Allah dan Rasulnya
Moga anak-anak Cikjey akan berjaya dunia dan akhirat.
Sayangi ibu ayah, umi abah, ma ayah sepenuh hati.
Mohon restu mereka untuk jalani hidup yang bahagia.

Semalam, dalam duk terbaring-baring tu,
Bagaikan terlakar kembali memori-memori lama.
Memori zaman kecik dan zaman remaja.
Tersenyum sendiri, sampai laju jemari menulis status di FB.

Hampir 26tahun hidup di atas muka bumi ni
rasanya banyak lagi yang perlu belajar dan di teliti
Masih banyak yang rapuh, moga-moga nanti akan lebih kukuh.
Hati kadang-kadang tak sekuat mana pun, 
tapi Alhamdulillah.. Dengan adanya penyokong-penyokong tegar
masih lagi mampu berdiri teguh, tersenyum simpul 
dan bersorak riang meniti hari-hari yang mendatang.

Si dia sering kali meniupkan angin positif
menjadikan seolah-olah diri ibarat 'princess'.
Ceria dan bahagia, walau sesekali terselit juga airmata.
Ye lah, hakikatnya kita sebagai manusia
Daif dalam segala benda tapi juga kaya dalam emosi dan rasa.
Tuhan lebih tahu akan kehendak dan perasaan hati
Ye lah, Diakan sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.
Semakin hari, semakin cintakan ilmu dan dahagakan tulisan motivasi
Muhasabah diri, agar lebih berdikari dan berkualiti
Ikut resmi padi dan lebih mencari.
Moga-moga kita semua akan dilimpahi berkat dan rahmat
Kebahagian, kecintaan dan rezeki di hari-hari akan datang.


About Me

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Faqira Dahiya 0802
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
Left SGMM 240415
May
Fakhrihadi 0105
Joined TSC 020516
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
MIL 0207
Azim 1407
Me 1707
Faqhihah Dafinah 2107
Rubee Asyrani 3007
August
Rubee Nhana 0608
K.Naim 1808
Kassim 2308
Ayien Diey 2608
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Amirah Asri 1709
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Amira Nasir 0312
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Tok Aman Bali Beach Resort
  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort