Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Wednesday, July 23, 2014
Assalamualaikum readers
Erm, raya dah nak dekat sangat.
Rindu dengan semua orang, dalam masa yang sama, agak takut.
Takut dengan persoalan-persoalan yang belum tentu ada jawapan.
Moga-moga Allah tamukan keikhlasan dan kekuatan untuk kami.
Raya tahun ni, inshaAllah akan balik ke Kelantan dulu.
Tahun lepas dah beraya dengan keluarga mertua dulu di malam raya.
Tahun ni malam raya, boleh tolong Ma masak kuah kacang.
Macam biasa saja, raya di sambut sederhana.

Tahun ni sikit ralat sebab adik beradik tak complete.
Abang ngan Kak Na tak boleh balik beraya bersama.
Tuntutan kerja. Kak Na dah hantar dua anak dia balik kampung.
Yang sorang tu memang duduk dengan Ma, sebab tuntutan kerja.
KaK Na duk jauh dengan suami dia. Jenuh minta tukar, tak dapat lagi.
Selebihnya sama je la.. Semua orang ada. Raya setahun sekali je kan.
Jangan cemarkan kemeriahan raya kita dengan benda-benda tak patut.

Persiapan raya, so far macam dah siap. Tinggal nak basuh dan iron je lagi.
Rasanya tema kami berdua tahun ni Royal Blue. Baju beli siap!
Then ada beberapa pasang yang lain pun lebih kepada color yg sebegitu.
Emerald Green, Turqoise, Olive green. Warna-warna tahun ni kot.
Raya pertama nanti jugak, InshaAllah akan balik ke Terengganu jugak.
Bersama-sama keluarga mertua. Sebolehnya pun, kami nak balik kedua-duanya
Pada raya pertama. Biar penat, tapi boleh menggembirakan hati kedua bonda.
Takda dah yang lain, hanya dua orang ni saja.. Ma dan Mama, didahulukan.
Yang lain, tinggal di belakang dan slow-slow kita cerapi kembali.
Kasih bertaut kan? Moga-moga Hari Raya nanti di sambut penuh meriah
Dilimpahi kasih sayang kaum keluarga, diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Tak lupa juga untuk kaum keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.
Iringan doa tak lekang di setiap solatku, semoga ditempatkan di tempat yg indah
Yang mewangi dan dilimpahkan kesenangan di alam sana. Al Fatihah.
Sebelum mengundur diri berhari raya, Suya ingin mengucapkan salam aidilfitri
Salam Hari Raya dan Maaf zahir Batin kepada semua yang mengenali,
Muslimin dan muslimat di dunia ini. Dalam kesempatan yang sama juga,
Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan saudara kita di Gaza
Dan sedekahkan surah-surah suci kepada mereka yg terkorban dalam
Nahas kapal terbang MH17 baru-baru ini. Semoga kita tabah menghadapi dugaan ini.

Monday, July 21, 2014
Assalamualaikum readers
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mencoret serba sedikit
sebelum berakhirnya Ramadhan yang suci ini..

Bermula 16 July 2014,
Diri ini bertambah-tambah sibuk.
Travel seorang diri meninggalkan suami tersayang
Menuju ke Penang.. Urusan kerja, maka ku turutkan.
Stay satu malam di Sunway Hotel Seberang Jaya.
Bertolak dari rumah jam 7.15am, sampai around 11.30am.
Sebelum ke Penang ni, memang tengah viral di internet pasal Kiki.
Pasal Peugeot CDM 25 dan seorang uncle berbangsa Cina.
Terkesan dengan ketidakpatutan video tersebut,
Suya up a status as followed di Facebook.
Selepas urusan rasmi, ajak member-member yg still kat Penang
Lepak kat hotel, so that I have someone to talk to.
Then, malam tu decide nak g makan di Teluk Tempoyak..Pai, teluk kan?
Thank Pai ngan Husna, sebab bawa makan tempat best.
Puas hati dapat makan ketam berlada pedas giler. Air asam dia terbaik!
Then dah masuk waktu, tengah makan nasi tu datang waiter kedai.
Sambil pegang kertas bertulis no kereta.. Erm kereta saya! "cuak".
Waiter tu kata, ada cina tunggu dekat parking.. Dia terlanggar kereta awak.
Gulp telan air liur tersekat-sekat. Gagah jugak pergi dengan pai..
Siap masa lalu depan kaunter kedai, ada abang tu cakap.
"ada stereng lock tak dik? Jangan eyh..." Cuak sangat..
So berjalan ke kereta.. Ushar sikit-sikit then call Suami tersayang.
Masa keluar tengok kereta tu.. Gini la lebih kurang aturannya.
Kete Suya yang warna hijau tu, duduk dalam kotak parking.
Then terlekat si Vios gold di situ.. Statik.. Nampak sorang lelaki cina, muda.
Pucat dan cuak muka dia. Dia pun macam gelabah jugak..
Dalam hati duk kata, cool suya..Cool.. Rilek-rilek jer.
Masa call husband pun sama.. Cakap, "B, kete kena langgar.. How eyh?"
Husband kata, " erm nak buat acaner..Benda nak jadi.. "
Gitu jer.. Hal-hal nk setel semua tu tak terfikir. Tapi mujur ada Pai..
Dia slow talk, that Man pun beria-ia suruh amik gambar/video dia
Dia kata dia akan bayar ganti rugi, tapi sekarang dia ada 100 jer.
Suya kata, takpelah.. Amik kad saya.. you bagi contact no you..
Nanti sudah repair Suya bagitahu total cost berapa. Masa ni redha je.
Kalau dia lari pun, nak buat macam mana kan? Benda dah jadi..
Berakhir di situ.. Dia bagi seratus dulu.. So kami pun sambung makan.
Tak berfikir dah pasal kereta.. Cuma terdetik, Allah betul-betul menguji.
Terfikir akan status yang dimuatnaik. MashaAllah.. Mujur boleh berfikir waras.
Betul-betul bertenang dan berdiskusi. Walau takde penutup yang menarik.
Allah Maha Mengetahui dan semuanya kehendak dia kan. So Senyumlah..
Sambung makan dengan nikmat dan gembira.

Thank you Pai.. Thank You Suna..
Korang buat sambutan birthday aku..
Even jauh dari suami tercinta, tetap rasa special sebab ada orang tolong sambut.
Ada orang wish. Ada sweet cake and Jco.. Ai is terharu.. Thanks...
Esoknya 17 July 2014, bertolak balik lepas anta Pai balik USM.
Around 10am kot bertolak dari USM Nibong Tebal,
Then sampai rumah around 2pm. Balik rumah terus flattt..
Penat giler, tertidur di living hall sampai pukul 5.30pm.
Husband balik kerja pun tak sedar. Then suruh husband g beli ayam golek.
Taknak masak, badan rasa lemau sangat-sangat.
Then, malam tidur awal gila. Terawih pun ke laut dalam jugak.
Tup-tup pukul 1am tersedar. Rasa dah puas tidur. Ambik handphone..
Tengok whatapps Nana pasal MH17. Terus buntang biji mata.
Ambil remote, tekan astro Awani.. Then sampai ke sahur..
Takleh nak tidur. TV terpasang.. G solat semua, sambung balik tengok.
Sedihnya ya Allah.. Tuhan je tahu.. Terkesan sangat perihal MH17 ni..
No 17.. first time fly 17.07.1997.. Dan sesuatu yang di panggil kebetulan.
17 July itu juga hari kelahiran Suya.. Sayu nya la hai... Kompem akan ingat.
Selagi diri ini tidak nyanyuk, rasanya akan ingat sampai bila-bila.
Sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk mereka yang beragama islam.
Allah maha mengetahui, maka berserah dan redhalah kita kepadaNya.

Then berbalik cerita kereta dilanggar.
Dah siap baiki, dah sms gtaw that man..
And luckily beliau seorang yang jujur dan tak mungkir janji.
Beliau bank in kan duit untuk total repair cost.
Thanks Allah.. Semuanya daripadaMu..
-The End-







Thursday, July 10, 2014
Assalamualaikum readers
macam lama jer tak update.
Bulan puasa tahun ni pun senyap je kan.
Entahla, tapi view stat masih ada lagi pengunjung-pengunjung setia.
Terima kasih.. Jasamu dikenang gitu.

Entahla, nak kata busy tu.. Biasa laaa kan.
Busy dari 8am ke 5pm jer. Selebihnya?
Hilang di telan hari. Tak berkesempatan tang mana tak tahu.
Selamat berpuasa muslimin muslimat seluruh dunia.
Dah 12 hari dah pun berpuasa di bulan Ramadhan.
Sekejap je kan rasa, dah nak habis puasa..
Kemudian raya. Alhamdulillah..

Tapi kan, tak tahulaaa.. Puasa kali ni biasa-biasa jer.
Malahan kadang-kala rasa sentap, sensitif dan sedih.
Sentap sebab mulut-mulut manusia,
Sensitif sebab banyak duk berfikir dan compare dengan yang lebih
Sedih sebab banyak sangat isu-isu dunia dan semasa.
Berdarah sana sini, Kesian.. :'(
Puasa tahun ni sangat bersederhana.
Baru sekali sepanjang berpuasa ni berbuka kat luar.
Tu pun sebab jemputan member..

Puasa kali ni,masak pun simple-simple je.
Buat malu je kalau nk up ke instagram. Kekekeke kesian!
Puasa tahun ni hubby request satu lauk je tuk sahur
Satu lauk berbuka. Tak mau membazir katanya.
Hidup bukan untuk makan, tapi makan untuk meneruskan hidup.

Tentang dugaan pun banyak. Tapi Alhamdulillah..
Masih mampu digalas.. Allah ada dan Allah lah segalanya.
Memohon dan meminta, teruskan berdoa dan yakin denganNya.
Raya tahun ni inshaAllah beraya di Kelantan.
Member baik dah nak kahwin..Alhamdulillah..
InshaAllah aku ada di sisi nanti saat kau dinikahkan.
Sepertimana kalian meluangkan masa di hari ijabkabulku..

At the end, tercoret di sini.. Random entry.
Bercampur aduk.. Sedikit part puasa, hal raya dan sahabat.
Kepada sahabat-sahabat yang menunggu hari bergelar ibu,
bersabar dan semoga dipermudahkan urusan kalian.
Happy. Doakan kebahagian kita semua bersama
dan jangan lupa doakan saudara-saudara muslim kita
yang berada di segenap ruang dunia. Yang tidak terbela
yang berdarah luka dan cela. Semoga Syurga tempat mereka.

Take care everyone..

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
May
Fakhrihadi 0105
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
Azim 1407
Me 1707
August
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort