Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Friday, October 10, 2014
Assalamualaikum readers
Aidiladha dah melabuhkan tirai, baru ada masa nak update blog.
Kalau tak, sunyi sepi blog ni tak ber'entry' baru.
Malas mungkin... Tak pun takda idea menarik.
Ni pun tak menarik mana sangat, sekadar mencoret kenangan.

Raya tahun ni, turn raya kat Kelantan.
Banyak sebab kenapa Suya suka raya Haji di Kelantan.
Yang pastinya kemeriahan Raya.. Seronok!
Kalau Aidilfitri, masing-masing rush ke sana ke mari
Tapi tidak pada raya Haji. Semua berkampung di sini.
Rumah peninggalan arwah Tok Ayah ngan Chek.
Tradisi lama masih dipegang utuh, berkumpul ramai-ramai.
Mengimarahkan ibadah Qurban. Tahun ni 2 ekor sahaja.
Takda orang lain, takat pak/mak sedara dan sepupu-sepupu saja.
Sepupu sepapat, berwarna warni.
Bergambar tu pasti. Semua memang berkampung disini.
Sebab tu kot orang kata Raya Qurban kat Kelantan/Terengganu lebih meriah.
Yang ke dua. Menunggu giliran.
Semoga Allah menerima dan memberkati ibadah korban kami semua.
Takda yang berbeza, semua sama saja di mana-mana.
Cuma lainnya mungkin di sini.
Tiada yang asing, semuanya saudara mara terdekat.
Bekerja sama, tua muda. Yang veteran beri arahan
Para belia mula mengerjakan. Kekallah tradisi
Jangan dibiar lapuk dek zaman. Kita kan Keluarga.
Tukang sembelih masih lagi sama. 
Orang yang sama sejak dari Suya mula sekolah menengah kot.
Orang yang sebelum tu telah pun tiada.
Kembali ke rahmatullah.. Al fatihah.. Mohon sedekah.
Kiri kanan, bekerja sama.Yang berat sama dijinjing.
Yang ringan pun sama-sama dilakukan.
Husband,pertama kali beraya di Kelantan.
Penat katanya. Sama je raya di mana-mana.
Takda pilih kasih, sama-sama kena buat kerja.
Pandai-pandai masuk dalam kelompok dan bersosial. 
Rumah Tok sebelah sungai. Senang nak proses perut.
Masuk sungai. 2 generasi bersama.
Orang lama kena turunkan ilmu kat orang muda.
Lapah sampai siap.
Timbang dan bahagikan sama rata.
Kerja orang-orang lelaki.
Dah siap boleh makan tengahari. 
Dari dulu, sementara geng lelaki sibuk melapah
Geng ladies akan sibuk berperang di dapur.
Pastikan bekalan makanan cukup di tempat melapah
dan siapkan terus hidangan tengahari. Makan sama-sama.
Suasana Dapur. Macam kenduri.
merewang bersama keluarga. baik tua mahupun muda.
Akan ada satu group remaja.
Ditugaskan membakar daging, agihkan kepada semua.
Yang melapah, yang duk kat dapur.
Ni pun lagi satu tradisi, tradisi yang menggembirakan semua.
Lauk tengahari.. Singgang daging, daging goreng, acar.
Budu dan petai jeruk.. Selera kampung..
Selesai makan semua, berehat kejap.
Terus proses untuk sedia makan malam.
Sup tulang/gearbox, daging blackpepper ngan sira pisang.
Malam tu ada buat sembahyang hajat untuk kesejahteraan keluarga.
Minta dipermudahkan urusan anak,adik,sepupu, sedara yang nak amik SPM.
Lepas tu jemput orang masjid datang makan, buat tahlil.
Itulah raya haji saya tahun 2014.
Penat tapi masih rasa berbaloi.
Rasa seronok dan teruja. Itulah raya haji.
Masih sama sejak dulu. Walau ramai yang telah pergi
tapi tradisi tu masih ada. Harap-harap kekal selamanya.

p.s: Ikut hijrah.. hari raya haji ke 2 adalah ulangtahun perkahwinan Suya. So husband, I know u would read this. I wish Happy 2nd anniversary for u dear. I know am lacking in many things but it is a blessing for me as you still kind and lovely as ever. Thanks for always be there for me, for ur support and wholly for your unconditional love. I am a very grateful wife who is married to a decent man like you. Hope we can celebrate many more year coming. I love u and will love u forever. Aminnn..

About Me

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Faqira Dahiya 0802
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
Left SGMM 240415
May
Fakhrihadi 0105
Joined TSC 020516
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
MIL 0207
Azim 1407
Me 1707
Faqhihah Dafinah 2107
Rubee Asyrani 3007
August
Rubee Nhana 0608
K.Naim 1808
Kassim 2308
Ayien Diey 2608
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Amirah Asri 1709
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Amira Nasir 0312
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Tok Aman Bali Beach Resort
  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort