Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Wednesday, December 19, 2018
Assalamualaikum readers

Coretan ingat-ingat lupa. Sebelum lupa terus, mari kita tulis blog sikit simpan untuk rujukan masa tua nanti. Trip ke Jepun ni tak lama pun, sekejap sangat atas urusan kerja dan first time for both of us outstation berdua. Biasa outstation alone, so tak rasa sedih sangat nak tinggal anak-anak sebab tahu one of us still there with them. Haish, kali ni no more excuse to give. Ke Jepun berdua la kita. Alang-alang ke negara orang, mari kita simpan sikit kenangan. Orang sekeliling cakap seronok la jalan berdua, honeymoon kononnya. Tapi jujur ikhlas tak seronok pun, rasa nak suruh habis cepat pusing jam bagi masa gerak laju sebab nak balik. Nak duduk dengan anak-anak. Homesick!

25 November 2018
Amik flight last from KB to KLIA sebab nak tinggal anak kat rumah Ma. Then rumah Ma ke airport pun dekat je. Ingat anak-anak akan tidur ikut timing biasa, sedihnya tak. Airis macam tahu Ummi Abi nak tinggal dia. Ya Allah, sedih gila ingat balik masa Abang Ngah drop kat Airport, Airis menangis teruk. Dengan umi sekali pilu wey. Duk situ tunggu flight sekali delay pulak. Nasib baik flight ke Osaka dah re-time ke 4am. Kalau tak naya la. Confirm tak sempat check in luggage. Dari KB jam 12am, arrived KLIA around 1am gitu. Sebab delay, dapat food coupon so lepak mamak jap makan bihun sementara nak boading to next plane. Baggage dah drop awal-awal. 
 KL to Osaka, board around 4.20am and arrived around 11am. Urusan Imigresen tak lama pun walau boleh kata ramai jugaklah orang. Flight besar gabak daripada KL to Kansai tu penuh oii.. Gila kaya-kaya orang Malaysia sekarang ni. Jalan jauh sakan. Sampai sana naik macam train ke Imigresen check point. Lepas tu amik baggage. Keluar la cari makan, sebab kat airport ni ada restaurant halal yang diiktiraf oleh Jakim Malaysia. Pertama kali makan soba mee. Ok la not bad rasa dia, cuma sedap lagi mee rebus tempat kita.
 Siap makan, keluar airport beli tiket bus. Naik bus g Doton Plaza sebab nak amik metro/train ke Shin Osaka. Tempat kerja kami kali ni di Nagoya. Hari pertama merasa almost semua public transport kat Jepun. Dari Doton Plaza, naik metro ke Shin Osaka ni kalau tak silap. Dari Shin Osaka baru naik Shinkasen ke Nagoya. Macam yang diketahui, diorang ni sangat tepati masa. Jadi semua perjalanan tu kira smooth la walau macam penat sikit sebab banyak menapak tarik luggage. Dah flight pun dah 6jam, lepas tu bus tu rasa amik masa dalam 40minit kot. Metro dalam 15minit gitu. Shinkasen pun almost sejam jugak. Sampai Nagoya tu dah nak gelap dah. Tapi jam baru pukul 5 lebih kot. Siang pendek.
Sesampai je kat Nagoya station, masing-masing penat nak jalan. So amik taxi je ke hotel. Taxi diorang memang boleh puji la. Model lama sekali pun pintu buka tutup automatik. Bersih memang takleh nak cakap apa la. Wangi dan convenience, luas! Hari pertama sampai takde buat apa sangat, just travel sana sini nak ke hotel ni, check in dan berehat. Dah gelap kan, tapi sebab awal lagi so malam tu kami berdua jalan-jalan juga la. Sebab kitaorang stay area town yang boleh kira hidup la. 24hours ada kedai buka, bar dan kedai makan sekeliling. A nice town la to stay.
Di sini la kami bermalam untuk 3malam. Lepak kejap je malam tu sebab esok dah janji dengan orang untuk pick up gi kerja jam 7 am. Suhu sejuk la untuk kita, tak tahan jugak. Kena sentiasa pakai baju tebal. Range suhu siang aroun 13-17, malam suhu lower than that. Berjalan banyak pun tak berpeluh tapi lenguh betis oii.. Hari pertama total jalan around 7km dah.. Jenuh!
Itu je la cerita hari pertama sampai ke Nagoya. Nanti karang lagi next entry.
Tuesday, December 18, 2018
Assalamualaikum readers

Aku sendiri tahu, suatu masa nanti aku akan kerinduan.Rindu dengan memori-memori yang telah pergi dan mungkin akan terpadam dari ingatan.Tapi entah, dalam tahu tu tetap juga tak menggunakan masa untuk simpan. Atas asbab tu, aku seakan monolog sendiri. Anak-anak makin besar. Blog masih wujud. Takda niat untuk padam. Biarkan di sini, kenangan kami.
10 December 2018
Airis Hafiya menginjak genap setahun. Masih terasa baru timang baby perempuan yang super cute, Malahan masih terasa baru berulang alik ke hospital Pantai KL few years back. Usaha nak mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, nikmat-nikmat yg tak dapat didustakan.
Airis Hafiya yang manja.
Malahan terlebih manja sebab kena tinggal seminggu lamanya. Urusan ummi abi bekerja sampai nun jauh ke luar negara. Merap dia sampai menangis macam kena pukul, tapi takpe sebab anak ummi tetap comel di mata kami berdua. Airis Hafiya, ummi doakan adik panjang umur, sihat tubuh badan, jadi anak yang berguna untuk kami ibu bapa dan juga pada semua. Adik anak perempuan Ummi, semoga Adik membesar menjadi seorang anak gadis yang matang, yang alim beramal dengan ilmu, yang baik, yang sopan, yang manja dengan kami berdua, yang tahu menjaga adab dan yang paling utama, menjadi hamba yang taat.
14 December 2018.
Uqail Mohd Azri, si sulung kesayangan ummi. Banyak tersisih kali sejak dapat adik. Tapi ummi sangat sayang dengan Abang Uqail. Tiada ganti, kesayangan ummi. Abang menginjak 3tahun di hujung tahun 2018. Sudah bijak di mata ummi. Petah bicara dengan pelbagai ragam. Jarang buat adik, sesekali tu pastinya tidak sengaja. Seakan faham fungsi dia sebagai abang. Ummi abi minta maaf seandai umi abi terlepas masa untuk manjakan abang. Andai umi abi terkhilaf. Tapi sayang untuk anakanda tak pernah berkurang. Selamat Hari Lahir sayangku, umi doakan Uqail Mohd Azri menjadi anak yang soleh, sihat tubuh badan dan bakal menjadi imam kami semua. Anak yang diberkati dan anak yang soleh yg bakal mengalirkan pahala-pahalanya buat kami suatu hari nanti. I love you so much, son.


About Me

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Faqira Dahiya 0802
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
Left SGMM 240415
May
Fakhrihadi 0105
Joined TSC 020516
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
MIL 0207
Azim 1407
Me 1707
Faqhihah Dafinah 2107
Rubee Asyrani 3007
August
Rubee Nhana 0608
K.Naim 1808
Kassim 2308
Ayien Diey 2608
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Amirah Asri 1709
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Amira Nasir 0312
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Tok Aman Bali Beach Resort
  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort