Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Wednesday, March 4, 2015
Assalamualaikum readers

Ini memang sangat menarik!
Serius cakap, kagum tahap petala ke lapan.
Nak melompat-lompat keluar dari petala sendiri.
Sangat kagum dengan keazaman si ayah yang mampu mendidik
Mendidik sendiri anak-anak untuk persediaan ambil SPM.

Fahamlah kita yang tak semua bernasib baik
bijak pandai, tapi untuk kes macam ni.
Ukur baju badan sendiri, rasa kagum gila.
Bila bertanya kepada diri sendiri, mampu ke aku?
Tak terjawab langsung!

Walau kita mampu raih berderet A untuk diri sendiri,
Mampu dapat pointer bagus di university,
tapi belum tentu kita mampu nak ajar anak-anak kita.
Walaupun sebenarnya kita pernah belajar benda sama.
Kita pernah jadi 'expert' untuk subjek-subjek tu,
kita pernah tekun dapatkan A untuk diri sendiri.
Belum tentu kita mampu nak ajar anak-anak sendiri..


Artikel ni macam bagi penumbuk sebijik kat muka.
Untuk sedar, sedia-sediakanlah diri.
Ada anak nanti, usahakan yang terbaik
Untuk masa depan mereka. Rohani dan Jasmani..
InsyaAllah!

Copy and Paste dari Utusan Malaysia


"KOTA BHARU 3 Mac - Mereka sebaya dan mempunyai bapa sama. Latar belakang itu menyebabkan ramai menyangka empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, di sini yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 adalah kembar.

Tambahan pula, usia mereka sekadar dibezakan oleh bulan kelahiran selain dilihat amat akrab umpama belangkas termasuk menjadi rakan sekelas. Malah, empat remaja tersebut turut berkongsi impian sama iaitu mahu berjaya dalam bidang perakaunan.

Hakikatnya, Juliana Aziera Zulkepli, 18, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, 18; Zul Azril, 18, dan Zul Azrul, 18, adalah adik beradik berlainan ibu hasil perkongsian seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkepli Mohamad, 51, bersama empat isteri.

Juliana Aziera, anak Zulkepli bersama isteri pertama mendapat 8A 2B. Keputusan sama turut diperoleh Ayu Shaheera, anaknya bersama isteri kedua serta Zul Azril, anaknya bersama isteri ketiga.

Sementara itu, Zul Azrul, anak beliau bersama isteri keempat pula mendapat 10A dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMK Putri Saadong.

Zulkepli yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan tersohor dengan panggilan Zul Wisma berkata, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang berjaya dicipta dalam rumah tangga beliau.

Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 56; Rafizah Senawi, 48; Nurida Razali, 48, serta Norreha Abdul Rahman, 45, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.

Katanya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.

Bercerita lanjut mengenai rahsia kecemerlangan anak-anaknya, Zulkepli memberitahu, mereka berempat tidak menghadiri sebarang tuisyen, sebaliknya sekadar mengikuti sesi pembelajaran khas bersama beliau sendiri.

“Empat bulan sebelum SPM, kami buat kelas intensif. Mereka berempat dikehendaki hadir ke pejabat saya selepas jam 4 petang setiap hari kecuali Jumaat untuk belajar bersama-sama. Kami turut mengerjakan solat Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Zulkepli, beliau sanggup mengupah guru untuk mengajar dirinya sendiri dalam semua mata pelajaran semata-mata mahu memastikan beliau mampu menjadi seorang ‘guru’ yang bagus kepada anak-anaknya.

Sementara itu, anak-anak Zulkepli mengakui berasa seronok dapat belajar bersama beliau kerana tidak perlu malu untuk bertanya soalan selain berpeluang bermesra dengan bapa sendiri. - Utusan Malaysia"

0 comments:

About Me

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Faqira Dahiya 0802
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
Left SGMM 240415
May
Fakhrihadi 0105
Joined TSC 020516
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
MIL 0207
Azim 1407
Me 1707
Faqhihah Dafinah 2107
Rubee Asyrani 3007
August
Rubee Nhana 0608
K.Naim 1808
Kassim 2308
Ayien Diey 2608
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Amirah Asri 1709
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Amira Nasir 0312
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Tok Aman Bali Beach Resort
  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort