Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Monday, March 30, 2015
Assalamualaikum readers
Alhamdulillah.. Masih sihat.. Masih gembira.
Masih sama dan serupa. Bulat macam bola.

Hari ni dah 30 March,
sekejap benar masa berlalu.
March yang mencabar, fizikal dan mental.
Dengan kekuatan dariNya, masih mampu senyum.

Apa ada dengan March?
Masih sama, melipat gandakan usaha
moga-moga Allah membalas segala kebaikan dgn RezekiNya.
Dipinjamkan cahaya kegembiraan, walau hanya sedetik cuma
Cukup untuk hadirkan rasa sayang dan sayu.
Dua-dua sekali gus. Menguji tahap keimanan dan keampuhan diri.
InshaAllah, Allah lebih mengerti dan kita berusaha lagi.

cerita March lagi,
merawat hati, menapak pergi
Alhamdulillah, sampai lagi ke sini.
Bayu laut menyejukkan hati, sesekali mengusik emosi.
Takpelah, bukan semua orang tahu yang berselirat di hati.
Ke bumi kedah melawat famili, senyum usah pertikaikan apa-apa.
Ini realiti dan ini selalunya pun terjadi.

March bulan rezeki,
berita gembira silih berganti.
Tahniah adik-adik dan anak-anak SPM 2014
moga-moga lebih berjaya di depan hari.
Rezeki menerima ahli baru dalam keluarga besar.
Welcome to the world lil Mujahid, Rayyan Rizqi.
Moga-moga membesar jadi anak soleh untuk Mama Baba.

March yang paling dinanti,
detik hari ulangtahun si suami
tapi alpa dalam kelesuan, langsung lupa diri.
Sorry b.. tapi masih sama ucapan me for u.
Kekalkanlah jati diri mu ini selamanya
Terima kasih kerana berani memimpin tangan ini
walau dihujani berjuta soalan, B masih sama.
Masih setia menenangkan hati me. ILUSM.

Selamat jalan March 2015,
moga panjang umur bersua lagi di March 2016.
Moga-moga April nanti bakal dihujani rahmat lagi.



Friday, March 6, 2015
Assalamualaikum readers

Still to early to summarize all the things that happened in March 2015.
Long way to haul and many things will take place.
But as a beginning, Alhamdulillah. Still good!.

030315, all the 2014 candidates received their results.
I have one baby sister, 1 sister in law,
1 niece and 1 nephew sat for SPM last year.
I was surrounded by anxiety all night before and
hoping everything gonna be OK.
And Alhamdulillah, Allah give the best and plan the best for them.
Dont worry to much guys, long way to go. Keep going and work harder.
I am happy after all, I know their capability and I think they were compensated equally.
My advice to them is 'face your reality and pat the ground'. Say Alhamdulillah!

Whatever your result was, its already considered as past.
What you need to focus now is your future.
Think wisely and decide which way would you go.
If you have good result, please dont act as you are in your cloud 9,
Be afraid as you might trip and fall, so stay cautious!
If your have a disappointing one, don't kill your personality yet.
There are various of choices in front of you and choose one to your preference.
Prove that SPM is not your downfall, it might be a nightmare but still
It might be a wake up call. Get back to your sense and keep moving.
InshaAllah, one fine day. Allah will repay all your devotion.




Wednesday, March 4, 2015
Assalamualaikum readers

Ini memang sangat menarik!
Serius cakap, kagum tahap petala ke lapan.
Nak melompat-lompat keluar dari petala sendiri.
Sangat kagum dengan keazaman si ayah yang mampu mendidik
Mendidik sendiri anak-anak untuk persediaan ambil SPM.

Fahamlah kita yang tak semua bernasib baik
bijak pandai, tapi untuk kes macam ni.
Ukur baju badan sendiri, rasa kagum gila.
Bila bertanya kepada diri sendiri, mampu ke aku?
Tak terjawab langsung!

Walau kita mampu raih berderet A untuk diri sendiri,
Mampu dapat pointer bagus di university,
tapi belum tentu kita mampu nak ajar anak-anak kita.
Walaupun sebenarnya kita pernah belajar benda sama.
Kita pernah jadi 'expert' untuk subjek-subjek tu,
kita pernah tekun dapatkan A untuk diri sendiri.
Belum tentu kita mampu nak ajar anak-anak sendiri..


Artikel ni macam bagi penumbuk sebijik kat muka.
Untuk sedar, sedia-sediakanlah diri.
Ada anak nanti, usahakan yang terbaik
Untuk masa depan mereka. Rohani dan Jasmani..
InsyaAllah!

Copy and Paste dari Utusan Malaysia


"KOTA BHARU 3 Mac - Mereka sebaya dan mempunyai bapa sama. Latar belakang itu menyebabkan ramai menyangka empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, di sini yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 adalah kembar.

Tambahan pula, usia mereka sekadar dibezakan oleh bulan kelahiran selain dilihat amat akrab umpama belangkas termasuk menjadi rakan sekelas. Malah, empat remaja tersebut turut berkongsi impian sama iaitu mahu berjaya dalam bidang perakaunan.

Hakikatnya, Juliana Aziera Zulkepli, 18, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, 18; Zul Azril, 18, dan Zul Azrul, 18, adalah adik beradik berlainan ibu hasil perkongsian seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkepli Mohamad, 51, bersama empat isteri.

Juliana Aziera, anak Zulkepli bersama isteri pertama mendapat 8A 2B. Keputusan sama turut diperoleh Ayu Shaheera, anaknya bersama isteri kedua serta Zul Azril, anaknya bersama isteri ketiga.

Sementara itu, Zul Azrul, anak beliau bersama isteri keempat pula mendapat 10A dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMK Putri Saadong.

Zulkepli yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan tersohor dengan panggilan Zul Wisma berkata, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang berjaya dicipta dalam rumah tangga beliau.

Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 56; Rafizah Senawi, 48; Nurida Razali, 48, serta Norreha Abdul Rahman, 45, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.

Katanya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.

Bercerita lanjut mengenai rahsia kecemerlangan anak-anaknya, Zulkepli memberitahu, mereka berempat tidak menghadiri sebarang tuisyen, sebaliknya sekadar mengikuti sesi pembelajaran khas bersama beliau sendiri.

“Empat bulan sebelum SPM, kami buat kelas intensif. Mereka berempat dikehendaki hadir ke pejabat saya selepas jam 4 petang setiap hari kecuali Jumaat untuk belajar bersama-sama. Kami turut mengerjakan solat Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Zulkepli, beliau sanggup mengupah guru untuk mengajar dirinya sendiri dalam semua mata pelajaran semata-mata mahu memastikan beliau mampu menjadi seorang ‘guru’ yang bagus kepada anak-anaknya.

Sementara itu, anak-anak Zulkepli mengakui berasa seronok dapat belajar bersama beliau kerana tidak perlu malu untuk bertanya soalan selain berpeluang bermesra dengan bapa sendiri. - Utusan Malaysia"

About Me

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Faqira Dahiya 0802
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
Left SGMM 240415
May
Fakhrihadi 0105
Joined TSC 020516
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
MIL 0207
Azim 1407
Me 1707
Faqhihah Dafinah 2107
Rubee Asyrani 3007
August
Rubee Nhana 0608
K.Naim 1808
Kassim 2308
Ayien Diey 2608
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Amirah Asri 1709
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Amira Nasir 0312
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Tok Aman Bali Beach Resort
  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort