Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Thursday, October 12, 2017
Assalamualaikum readers

Terlintas,
Betullah, ALLAH bagi apa yang aku perlukan,
Bukan apa yang aku mahukan.

Entah, tengah mengelamun sendiri,
Fikirkan tentang Uqail. Alhamdulillah, makin besar dah dia.
Dah nak dapat adik soon, InshaAllah dipermudahkan Allah hendaknya.
Aku duduk sendiri macam ni, memang syahdu sikit.
Terbawa dengan emosi, fikirkan bertapa aku rindu dengan anak.
Rindu gelak tawa, tangis manja dia. Kesian,anak tinggal di pengasuh.
Rutin mak bapak bekerja kan. Moga ada kesempatan lain yang lebih indah.

Bulan ni bulan anniversary perkahwinan kami.
Diam tak diam dah menginjak ke tahun ke 5.
Orang kata ‘first phase of marriage’. Serious rasa kejapnya 5tahun.
Fikir balik apa yang dilalui bersama-sama sepanjang 5 tahun ni.

Ada drama air mata, sendu tapi banyak juga ketawa ria.
Tapi jujur cakap aku bersyukur sangat dengan si dia yang Allah tetapkan ni.
Ikhlas dalam hati, memang tak perfect macam dalam drama.
Tapi cukup untuk aku sayang sepenuh hati jiwa raga lah orang kata.
Tak perlu jadi Mr.Perfect, cukup kekalkan personaliti sekarang.
Yang kurang, kita sama-sama improvekan. 
Aku sendiri pun banyak yang kurang. Thank you sayang.

Cuma terbayang balik apa yang dilalui sepanjang 5 tahun kahwin ni
Rasa syukur sangat. Merasa fasa turun naik sama-sama 
tapi tak pernah berhenti support each other. 'Value' tu yang mahal.
Fikirkan balik, Allahu.. Dulu berapa banyak air mata menangis.
Nak sangat dapat anak. Sedih tengok kawan-kawan beranak pinak.
Muka memanglah senyum, tapi hanya si dia yang tenangkan hati.
Bila renung balik. Allah bagi memang at 'perfect time' sangat.
Dulu kita duk jauh dari famili, kewangan stabil pun masih menyewa
duduk jauh, perlukan duit nak balik kampung, travel etc.
So hikmah dia masa tu kita ada masa, kewangan semua utk keluarga.
Fikirkan balik pun, masa tu masih muda belia. mampu ke kita jadi parent?
Allah pun tahu tahap alpa kita setakat mana, so sebab tu dia tangguhkan dulu.
Rezeki buat kita. Hari demi hari, hidup makin matang.
Mula jelas erti redha dan mula faham konsep positive dan negatif.
Nikmat dan hikmah. Apa lah nak dipertikaikan, DIA tahu akan masanya.

Ni tahun ke 5, DIA maha pemurah. Betullah, DIA beri apa yg kita perlukan.
Jangan persoalkan sampai kita lupa baiknya DIA. 
Dia dekatkan kita berdua dengan kasih ibu, kasih anak, kasih keluarga.
Dan harap DIA terus-terus lekatkan kita dengan Kasih berdua.

Apa yang dilalui sepanjang 5 tahun ni pun sangat mendidik jiwa
jadi lebih berhati-hati untuk bercakap, apa yg baik boleh nasihatkan.
Apa yang perlu, kalau rasa boleh kongsi mmg akan dikongsikan.
Jiwa jarang kosong, nak-nak dengan ada si dia dan si anak.
Penyejuk jiwa raga walau berkali-kali berkocak sebab kurangnya sabar.
Tapi semua tu seakan ilmu baru. Yang aku sendiri doubt.
Andai semua yang aku ada sekarang ni dimiliki seperti mana aku mahu
5 tahun dulu, mampukah aku jadi sepertimana aku sekarang ni?
Ada kah kematangan sekarang ni? sabar setinggi gunung kah?
Persoalan tak berjawapan, melainkan ALLAH tahu yang terbaik.

Anak, sungguhlah penyeri perkahwinan. Tapi kalau belum punyai anak
tak bermakna perkahwinan itu tak berseri. Mungkin itu masa Allah bagi
untuk kita saling menyelami dan mengenali. Bercinta bertahun tak sama
dengan fasa alam rumahtangga. Dabik dada, rasa di pihak yang betul, ego.
Semua tu terbongkar bila di alam rumah tangga. Dan sejauh mana kita mampu.
Sekuat mana kita berusaha untuk berubah, mengharmonikan rumah tangga.
Hanya kita yang tahu. Dan betullah, pasangan kita cerminan siapa kita.
Kalau selalu rasa something wrong, reflect back diri sendiri dulu.
Jauh lagi perjalanan ni. Harapan yang sama. Biar kita tua bersama.
terima kasih untuk perjalanan kesekian kali ni.
Taknak dihitung masa saja, tapi setiap apa yang dah kita lalui.
Sesungguhnya banyak mengajar diri ini tentang erti hidup. Titik!


0 comments:

About Me

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Faqira Dahiya 0802
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
Left SGMM 240415
May
Fakhrihadi 0105
Joined TSC 020516
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
MIL 0207
Azim 1407
Me 1707
Faqhihah Dafinah 2107
Rubee Asyrani 3007
August
Rubee Nhana 0608
K.Naim 1808
Kassim 2308
Ayien Diey 2608
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Amirah Asri 1709
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Amira Nasir 0312
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Tok Aman Bali Beach Resort
  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort