Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Wednesday, September 9, 2020
Assalamualaikum readers

Sebenarnya dah lama aku rasa aku hilang passion nak menulis. 2019, 2020.. Tahun yang sangat menguji aku untuk berpijak di bumi yang nyata. Tahun yang memberikan aku ujian kehilangan adik-beradik. Beratnya dugaan itu, rasa terbuku di hati. Hanya Allah Taala yang tahu. Selain daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersempena dengan Covid-19, 2020 ini juga banyak mengajar aku tentang menghargai apa jua yang kita ada. 

Rentetan kehilangan seorang lagi adik beradikku selepas arwah Aisyah & Long.. Abang Chik menyusul, kembali ke negeri abadi pada 16 April 2020 selepas 50 hari bertarung nyawa di HRPZ. Sakit kehilangan, kekangan covid yang menyukarkan pergerakan. Ianya satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Abang chik, abang aku. 2 tahun tua daripada aku. Meninggal di usia 34 tahun, meninggalkan seorang balu dan sepasang anak. Semoga mereka semua kuat meneruskan kehidupan, aku inshaAllah akan bantu apa yang termampu. Sebahagian amanah untuk ku pikul sampai mereka besar dan berjaya.

Abang Chik masuk ward pada 27 February 2020, sebelum negara dikecohkan dengan wabak covid. Sayangnya semua orang dengan chik, aku balik almost every weekend. Anak-anak sedara, adik bradik, isteri Chik sendiri. Semua berkampung, amik giliran menunggu chik. Sehinggalah kerajaan mengumumkan PKP.. Kami ada kekangan. Aku tak boleh balik, merentasi negeri seperti selalu. Isteri Chik disuruh pulang, tidak lagi dibenarkan bermalam di hospital menemani Chik. Chik, I believed that you were so lonely during that period. I am truly sorry for that. It was beyond my ability to change that. Even to remember that, it was so hurtful. 

After 50 days bertarung nyawa, Chik dijemput kembali ke negeri Abadi. Kisah terpilu untuk keluarga besar kita chik. Chik pergi juga, lama chik berkampung di hospital. Mudah urusan chik diselesaikan. Semuanya cepat dan pantas. Aku pun balik Chik. Aku langgar saja perintah kawalan, biarlah andai kata aku akan disaman masa tu. Aku redha Chik. Aku nak balik tengok mu untuk terakhir kali. Lama aku pendam perasaan aku ni Chik. Tak mampu untuk aku tulis. Rasa kosong. Masih terkilan sampai saat ini, Sofea & Rayyan tak berjaya rentas negeri. Keras hati pegawai tentera tu Chik, menidakkan hak anak-anak chik untuk balik jenguk CHik buat kali terakhir. Sakit betul hati tiap kali fikirkan keadaan masa tu, dari Ipoh dah ke Gerik dah chik.. Tapi mereka dinafikan hak untuk rentas negeri bertemu buat kali akhir jenazah Baba mereka sendiri. Allahu, dugaan yang menyakitkan. Lagi-lagi untuk isteri Chik. 

Akan aku kenangkan mu sebagai Abang aku yang nampak kasar, tegas tapi sebenarnya tersangat baik dan lembut hati. Seorang yang tidak menyusahkan sesiapa, berdikari dan sayangkan adik beradik. Marah mu, amaran mu. Semua demi menjaga nama baik keluarga. Aku ingat semua tu chik. 

Aku kenang mimpi aku di hari akhir mu sebelum kau hembuskan nafasmu. Aku kenangkan semua kenangan dan cerita antara kita. Di hari persemadianmu, ramai orang datang Chik. Ramainya kawan-kawanmu. Di facebook, ramai yang tak menyangka, bercerita tentang sikapmu yang suka melawak dan buatkan orang ketawa. Engkau sahabat yang baik, sepertimana aku kenangkan mu sebagai abang yang baik. Rehatlah kau di sana, aku kirimkan doa. 

Salam sayang cinta abadi buat saudaraku Suria Helmi bin Muhammad, yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 16 April 2020. Sedekahkan bacaan al fatihah buat arwah abangku ini sekiranya ada sesiapa yang membaca post ini. Aku masih rindu. Masih ada rindu.. Pada arwah Ayah, arwah Aisyah, arwah Long dan sekarang senarai ini bertambah dengan kau. Rehatlah Chik. Terputus sudah urusan kalian dengan dunia, sedangkan kami.. Masih samar, belum pasti bagaimana pengakhirannya nanti. 


0 comments:

About Me

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Faqira Dahiya 0802
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
Left SGMM 240415
May
Fakhrihadi 0105
Joined TSC 020516
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
MIL 0207
Azim 1407
Me 1707
Faqhihah Dafinah 2107
Rubee Asyrani 3007
August
Rubee Nhana 0608
K.Naim 1808
Kassim 2308
Ayien Diey 2608
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Amirah Asri 1709
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Amira Nasir 0312
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Tok Aman Bali Beach Resort
  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort