Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Monday, July 21, 2014
Assalamualaikum readers
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mencoret serba sedikit
sebelum berakhirnya Ramadhan yang suci ini..

Bermula 16 July 2014,
Diri ini bertambah-tambah sibuk.
Travel seorang diri meninggalkan suami tersayang
Menuju ke Penang.. Urusan kerja, maka ku turutkan.
Stay satu malam di Sunway Hotel Seberang Jaya.
Bertolak dari rumah jam 7.15am, sampai around 11.30am.
Sebelum ke Penang ni, memang tengah viral di internet pasal Kiki.
Pasal Peugeot CDM 25 dan seorang uncle berbangsa Cina.
Terkesan dengan ketidakpatutan video tersebut,
Suya up a status as followed di Facebook.
Selepas urusan rasmi, ajak member-member yg still kat Penang
Lepak kat hotel, so that I have someone to talk to.
Then, malam tu decide nak g makan di Teluk Tempoyak..Pai, teluk kan?
Thank Pai ngan Husna, sebab bawa makan tempat best.
Puas hati dapat makan ketam berlada pedas giler. Air asam dia terbaik!
Then dah masuk waktu, tengah makan nasi tu datang waiter kedai.
Sambil pegang kertas bertulis no kereta.. Erm kereta saya! "cuak".
Waiter tu kata, ada cina tunggu dekat parking.. Dia terlanggar kereta awak.
Gulp telan air liur tersekat-sekat. Gagah jugak pergi dengan pai..
Siap masa lalu depan kaunter kedai, ada abang tu cakap.
"ada stereng lock tak dik? Jangan eyh..." Cuak sangat..
So berjalan ke kereta.. Ushar sikit-sikit then call Suami tersayang.
Masa keluar tengok kereta tu.. Gini la lebih kurang aturannya.
Kete Suya yang warna hijau tu, duduk dalam kotak parking.
Then terlekat si Vios gold di situ.. Statik.. Nampak sorang lelaki cina, muda.
Pucat dan cuak muka dia. Dia pun macam gelabah jugak..
Dalam hati duk kata, cool suya..Cool.. Rilek-rilek jer.
Masa call husband pun sama.. Cakap, "B, kete kena langgar.. How eyh?"
Husband kata, " erm nak buat acaner..Benda nak jadi.. "
Gitu jer.. Hal-hal nk setel semua tu tak terfikir. Tapi mujur ada Pai..
Dia slow talk, that Man pun beria-ia suruh amik gambar/video dia
Dia kata dia akan bayar ganti rugi, tapi sekarang dia ada 100 jer.
Suya kata, takpelah.. Amik kad saya.. you bagi contact no you..
Nanti sudah repair Suya bagitahu total cost berapa. Masa ni redha je.
Kalau dia lari pun, nak buat macam mana kan? Benda dah jadi..
Berakhir di situ.. Dia bagi seratus dulu.. So kami pun sambung makan.
Tak berfikir dah pasal kereta.. Cuma terdetik, Allah betul-betul menguji.
Terfikir akan status yang dimuatnaik. MashaAllah.. Mujur boleh berfikir waras.
Betul-betul bertenang dan berdiskusi. Walau takde penutup yang menarik.
Allah Maha Mengetahui dan semuanya kehendak dia kan. So Senyumlah..
Sambung makan dengan nikmat dan gembira.

Thank you Pai.. Thank You Suna..
Korang buat sambutan birthday aku..
Even jauh dari suami tercinta, tetap rasa special sebab ada orang tolong sambut.
Ada orang wish. Ada sweet cake and Jco.. Ai is terharu.. Thanks...
Esoknya 17 July 2014, bertolak balik lepas anta Pai balik USM.
Around 10am kot bertolak dari USM Nibong Tebal,
Then sampai rumah around 2pm. Balik rumah terus flattt..
Penat giler, tertidur di living hall sampai pukul 5.30pm.
Husband balik kerja pun tak sedar. Then suruh husband g beli ayam golek.
Taknak masak, badan rasa lemau sangat-sangat.
Then, malam tidur awal gila. Terawih pun ke laut dalam jugak.
Tup-tup pukul 1am tersedar. Rasa dah puas tidur. Ambik handphone..
Tengok whatapps Nana pasal MH17. Terus buntang biji mata.
Ambil remote, tekan astro Awani.. Then sampai ke sahur..
Takleh nak tidur. TV terpasang.. G solat semua, sambung balik tengok.
Sedihnya ya Allah.. Tuhan je tahu.. Terkesan sangat perihal MH17 ni..
No 17.. first time fly 17.07.1997.. Dan sesuatu yang di panggil kebetulan.
17 July itu juga hari kelahiran Suya.. Sayu nya la hai... Kompem akan ingat.
Selagi diri ini tidak nyanyuk, rasanya akan ingat sampai bila-bila.
Sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk mereka yang beragama islam.
Allah maha mengetahui, maka berserah dan redhalah kita kepadaNya.

Then berbalik cerita kereta dilanggar.
Dah siap baiki, dah sms gtaw that man..
And luckily beliau seorang yang jujur dan tak mungkir janji.
Beliau bank in kan duit untuk total repair cost.
Thanks Allah.. Semuanya daripadaMu..
-The End-







0 comments:

About Me

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Faqira Dahiya 0802
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
Left SGMM 240415
May
Fakhrihadi 0105
Joined TSC 020516
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
MIL 0207
Azim 1407
Me 1707
Faqhihah Dafinah 2107
Rubee Asyrani 3007
August
Rubee Nhana 0608
K.Naim 1808
Kassim 2308
Ayien Diey 2608
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Amirah Asri 1709
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Amira Nasir 0312
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Tok Aman Bali Beach Resort
  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort