Blog Archive

Followers

Powered by Blogger.
Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts
Friday, October 10, 2014
Assalamualaikum readers
Aidiladha dah melabuhkan tirai, baru ada masa nak update blog.
Kalau tak, sunyi sepi blog ni tak ber'entry' baru.
Malas mungkin... Tak pun takda idea menarik.
Ni pun tak menarik mana sangat, sekadar mencoret kenangan.

Raya tahun ni, turn raya kat Kelantan.
Banyak sebab kenapa Suya suka raya Haji di Kelantan.
Yang pastinya kemeriahan Raya.. Seronok!
Kalau Aidilfitri, masing-masing rush ke sana ke mari
Tapi tidak pada raya Haji. Semua berkampung di sini.
Rumah peninggalan arwah Tok Ayah ngan Chek.
Tradisi lama masih dipegang utuh, berkumpul ramai-ramai.
Mengimarahkan ibadah Qurban. Tahun ni 2 ekor sahaja.
Takda orang lain, takat pak/mak sedara dan sepupu-sepupu saja.
Sepupu sepapat, berwarna warni.
Bergambar tu pasti. Semua memang berkampung disini.
Sebab tu kot orang kata Raya Qurban kat Kelantan/Terengganu lebih meriah.
Yang ke dua. Menunggu giliran.
Semoga Allah menerima dan memberkati ibadah korban kami semua.
Takda yang berbeza, semua sama saja di mana-mana.
Cuma lainnya mungkin di sini.
Tiada yang asing, semuanya saudara mara terdekat.
Bekerja sama, tua muda. Yang veteran beri arahan
Para belia mula mengerjakan. Kekallah tradisi
Jangan dibiar lapuk dek zaman. Kita kan Keluarga.
Tukang sembelih masih lagi sama. 
Orang yang sama sejak dari Suya mula sekolah menengah kot.
Orang yang sebelum tu telah pun tiada.
Kembali ke rahmatullah.. Al fatihah.. Mohon sedekah.
Kiri kanan, bekerja sama.Yang berat sama dijinjing.
Yang ringan pun sama-sama dilakukan.
Husband,pertama kali beraya di Kelantan.
Penat katanya. Sama je raya di mana-mana.
Takda pilih kasih, sama-sama kena buat kerja.
Pandai-pandai masuk dalam kelompok dan bersosial. 
Rumah Tok sebelah sungai. Senang nak proses perut.
Masuk sungai. 2 generasi bersama.
Orang lama kena turunkan ilmu kat orang muda.
Lapah sampai siap.
Timbang dan bahagikan sama rata.
Kerja orang-orang lelaki.
Dah siap boleh makan tengahari. 
Dari dulu, sementara geng lelaki sibuk melapah
Geng ladies akan sibuk berperang di dapur.
Pastikan bekalan makanan cukup di tempat melapah
dan siapkan terus hidangan tengahari. Makan sama-sama.
Suasana Dapur. Macam kenduri.
merewang bersama keluarga. baik tua mahupun muda.
Akan ada satu group remaja.
Ditugaskan membakar daging, agihkan kepada semua.
Yang melapah, yang duk kat dapur.
Ni pun lagi satu tradisi, tradisi yang menggembirakan semua.
Lauk tengahari.. Singgang daging, daging goreng, acar.
Budu dan petai jeruk.. Selera kampung..
Selesai makan semua, berehat kejap.
Terus proses untuk sedia makan malam.
Sup tulang/gearbox, daging blackpepper ngan sira pisang.
Malam tu ada buat sembahyang hajat untuk kesejahteraan keluarga.
Minta dipermudahkan urusan anak,adik,sepupu, sedara yang nak amik SPM.
Lepas tu jemput orang masjid datang makan, buat tahlil.
Itulah raya haji saya tahun 2014.
Penat tapi masih rasa berbaloi.
Rasa seronok dan teruja. Itulah raya haji.
Masih sama sejak dulu. Walau ramai yang telah pergi
tapi tradisi tu masih ada. Harap-harap kekal selamanya.

p.s: Ikut hijrah.. hari raya haji ke 2 adalah ulangtahun perkahwinan Suya. So husband, I know u would read this. I wish Happy 2nd anniversary for u dear. I know am lacking in many things but it is a blessing for me as you still kind and lovely as ever. Thanks for always be there for me, for ur support and wholly for your unconditional love. I am a very grateful wife who is married to a decent man like you. Hope we can celebrate many more year coming. I love u and will love u forever. Aminnn..

Monday, August 18, 2014
Assalamualaikum readers
Tak ada apa sangat pun.  Cuma ter'check' pendrive
Dan terpandang ada few copies of gambar raya hari tu.
So masukkanlah sikit di sini... Buat kenangan masa tua nanti.

Raya Pertama,
Anak dara sangat dah my niece ni..
 Younger Brother yang tak berapa nak kecik sangat dah.
Grown up well and Spend your life well bro!
Niece and adik.. Sama umur.
Sama peel..rajin tak beragak, rajin merajuk ;p
Me with Abang Ngah.
Random color this year. Yeah!
Faris with Me (kak Ijey)
Faris with Chik
Ngah's family (without Didi n Daniel)
Sweet Loving couple. Stay sweet forever, pls!
 Anak Saudara sulongku.. Dah besar panjang.
4-5 tahun lagi bakal ada anak saudara baru kah? hehehe
Raya ke 2
The only pic on 2nd of Hari raya.
Singgah beraya rumah sahabat baik Husband.
Tahniah Datul & Eddy
Raya ke 3
Banyak gilos gambar raya ke tiga.
Yah & Eyo Big Day.
U're so gojes babe!
The two and only, yang melayan me in everything
Yang baju biru tu, budak yang berani remove me from group
hanya sebab tak inform nak buat open table.
Budak dua orang ni yang boleh dengar apa jua masalah
suka duka, sakit hati, lawak jenaka, penyakit hati, pasal duit tak berkira
dan layan segala benda. Susah nak terasa hati.
BFF forever, InshaAllah.
Tinggal sorang yang kat tengah.
Yaaa, cepatla kawenn!
Last but not least,thanks Hubsy for the awesome picas.
Jarang bebenar ada gambar hubsy sebab dia terlampau busy
dengan kameranya.
Thanks Love

Tuesday, August 5, 2014
Assalamualaikum readers
Selamat Hari Raya ke sembilan.Puasa syawal, hari ni baru hari ke 2.
Hari ni saja jer, nak menulis pasal raya yang baru lepas ni.
Alhamdulillah.. Rezeki sambut raya dengan keluarga.
Time raya memang duit habis gaya tak ingat nak hidup lepas raya kan?
Buat tak kena gaya, memang 'mepeh' la orang Kelantan kata.

Belanja Raya.. memang kena allocate siap-siap
Kami berdua memang saving siap-siap untuk raya.
Project budget siap-siap at least 6bulan awal.
Contoh, anak saudara belah Suya ada 17 orang,
belah husband ada 5 orang. 22 orang yer tahun ni..
RM20x22 = RM440, duit raya anak-anak saudara.
Angpow untuk hari raya tukar duit seringgit RM100.
Allocate duit raya untuk baby-baby baru few packet isi RM10.
Allocate duit raya orang besar sikit pun few packets isi RM 5.
Then duit raya kedua-dua bonda pun simpan siap-siap.
Simpanlah 6bulan awal dengan kadar RM50-RM100 sebulan.
Niat untuk beri kat Ibu bapa.. InshaAllah, dipermudahkan.
Ingat, duit raya ni duit raya la. Duit bulanan kena bagi juga.
Yang tu jangan skip. hehehehehe

Memberi duit raya ni bukanlah satu kemestian,
Ianya adat kot. Tapi seronok sebenarnya memberi duit raya ni.
Seronok tengok muka-muka gembira anak-anak saudara, adik-adik,
anak-anak sepupu. Comel.. Niat siap-siap dalam hati untuk bersedekah
dan menggembirakan hati-hati kecil itu. Habis bab angpow.
Kena fikir pulak duit belanja dapur. Yela, raya ni sinonim dengan makanan.
Tahun ni tak buat langsung biskut raya. Semua main tunjuk dan yeay, sedap!
Beli 6 bekas biskut raya untuk Ma, dan 6 bekas untuk Mama.
Rumah kami, yillek. Tak payah sedia pun.. Tak ada orang makan.
Selebihnya topup dengan maruku, kacang-kacang dan kerepek.
Bila balik, tengok-tengok banyak nau kuih raya umah bonda.
Anak-anak pakat bawa balik sikit sorang.

Bila balik raya, duit belanja memang kena sentiasa ada.
Takkan nak biar mak-mak kita keluarkan sendiri duit nak beli ayam etc.
Kalau boleh, biarlah sama-sama merasa. Meriahkan hari raya.
Tak mampu bayar semua, kita tong-tong. Tak jadi masalah kan?
Sebagai seorang yang agak teliti dengan pengaliran keluar masuk duit.
Memang Suya sediakan cashflow. Format excel dan diupdate semuanya.
So kat sini memang boleh trace duit-duit tu semua, boleh beringat sama.
Beringat sama ada boleh belanja lagi ke tak, duit dalam wallet tinggal berapa.
Yelah,semua boleh di update guna smartphone kan. So better amalkan.
untuk duit belanja pun kena project siap-siap. Allocate duit makan-makan,
duit groceries, duit kecemasan dan duit minyak kereta sepanjang cuti-cuti raya tu.

Then sekembalinya raya, check and balance semua perbelanjaan.
dan balance tu la yang akan digunakan untuk menyambung hidup selepas raya.
Jangan amalkan sikit-sikit korek simpanan, sikit-sikit korek simpanan.
Dah bila nak bertambahnya simpanan tu. Amalkan hidup bersederhana saja.
Berbelanja ikut keperluan dan kemampuan sahaja.  Sesekali cheating on saving tu
kira halal la.. Tapi jangan amalkan. Kita langsung tak leh nak predict apa yg
akan berlaku di depan hari. Sementara mampu dan ada masa ni.
Gunakanlah kesempatan yang ada untuk membahagiakan mereka yang kita syg.
Till then, berbelanja ikut kemampuan dan keperluan sahaja.





Monday, August 4, 2014
Assalamualaikum readers
Malas nak update entry raya lagi. Lepas-lepas ni aaaa.
Lebih kepada nak update selamat pengantin baru
Buat sahabat dunia wal akhirat, inshaAllah.
Mudah-mudahan.. Semoga Allah mengurniakan keberkatanNya
ke atas perkahwinan sahabat baik Suya.. Amirah Asri and Keyo Nua.
Berbahagialah kalian hingga ke syurga dan harap-harap
diluaskan pintu rezekiNya kepada kalian berdua.
InshaAllah.. Yah, doakan uya jugak eyh.
Kalau Yah dapat dulu pun takpa, tapi make sure
doakan Uya jugak!

untuk Ya pulak, Uya sentiasa doakan agar Ya dipermudahkan jodoh
Jodoh yang baik-baik dan bertanggungjawab
Sebab Ya pun sahabat yang baik dan bertanggungjawab
walau mulut Ya tak berapa nak bertanggungjawab sangat.
Hahaha Tapi tu la nikmat bersahabat Allah SWT bagi.
Ada sahabat yg boleh melawak dan berduka sama-sama
Menikmati keceriaan, inshaAllah sampai hari tua.
Ye la... Rumah bukan jauh mana pun, paling tidak kena jumpa jugak.
Setahun sekali pun jadi. Uya sayang Yah and Ya.. :)

Dengan ucapan, Selamat Peranting Baru Yah.


Wednesday, July 23, 2014
Assalamualaikum readers
Erm, raya dah nak dekat sangat.
Rindu dengan semua orang, dalam masa yang sama, agak takut.
Takut dengan persoalan-persoalan yang belum tentu ada jawapan.
Moga-moga Allah tamukan keikhlasan dan kekuatan untuk kami.
Raya tahun ni, inshaAllah akan balik ke Kelantan dulu.
Tahun lepas dah beraya dengan keluarga mertua dulu di malam raya.
Tahun ni malam raya, boleh tolong Ma masak kuah kacang.
Macam biasa saja, raya di sambut sederhana.

Tahun ni sikit ralat sebab adik beradik tak complete.
Abang ngan Kak Na tak boleh balik beraya bersama.
Tuntutan kerja. Kak Na dah hantar dua anak dia balik kampung.
Yang sorang tu memang duduk dengan Ma, sebab tuntutan kerja.
KaK Na duk jauh dengan suami dia. Jenuh minta tukar, tak dapat lagi.
Selebihnya sama je la.. Semua orang ada. Raya setahun sekali je kan.
Jangan cemarkan kemeriahan raya kita dengan benda-benda tak patut.

Persiapan raya, so far macam dah siap. Tinggal nak basuh dan iron je lagi.
Rasanya tema kami berdua tahun ni Royal Blue. Baju beli siap!
Then ada beberapa pasang yang lain pun lebih kepada color yg sebegitu.
Emerald Green, Turqoise, Olive green. Warna-warna tahun ni kot.
Raya pertama nanti jugak, InshaAllah akan balik ke Terengganu jugak.
Bersama-sama keluarga mertua. Sebolehnya pun, kami nak balik kedua-duanya
Pada raya pertama. Biar penat, tapi boleh menggembirakan hati kedua bonda.
Takda dah yang lain, hanya dua orang ni saja.. Ma dan Mama, didahulukan.
Yang lain, tinggal di belakang dan slow-slow kita cerapi kembali.
Kasih bertaut kan? Moga-moga Hari Raya nanti di sambut penuh meriah
Dilimpahi kasih sayang kaum keluarga, diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Tak lupa juga untuk kaum keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.
Iringan doa tak lekang di setiap solatku, semoga ditempatkan di tempat yg indah
Yang mewangi dan dilimpahkan kesenangan di alam sana. Al Fatihah.
Sebelum mengundur diri berhari raya, Suya ingin mengucapkan salam aidilfitri
Salam Hari Raya dan Maaf zahir Batin kepada semua yang mengenali,
Muslimin dan muslimat di dunia ini. Dalam kesempatan yang sama juga,
Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan saudara kita di Gaza
Dan sedekahkan surah-surah suci kepada mereka yg terkorban dalam
Nahas kapal terbang MH17 baru-baru ini. Semoga kita tabah menghadapi dugaan ini.

Monday, July 21, 2014
Assalamualaikum readers
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mencoret serba sedikit
sebelum berakhirnya Ramadhan yang suci ini..

Bermula 16 July 2014,
Diri ini bertambah-tambah sibuk.
Travel seorang diri meninggalkan suami tersayang
Menuju ke Penang.. Urusan kerja, maka ku turutkan.
Stay satu malam di Sunway Hotel Seberang Jaya.
Bertolak dari rumah jam 7.15am, sampai around 11.30am.
Sebelum ke Penang ni, memang tengah viral di internet pasal Kiki.
Pasal Peugeot CDM 25 dan seorang uncle berbangsa Cina.
Terkesan dengan ketidakpatutan video tersebut,
Suya up a status as followed di Facebook.
Selepas urusan rasmi, ajak member-member yg still kat Penang
Lepak kat hotel, so that I have someone to talk to.
Then, malam tu decide nak g makan di Teluk Tempoyak..Pai, teluk kan?
Thank Pai ngan Husna, sebab bawa makan tempat best.
Puas hati dapat makan ketam berlada pedas giler. Air asam dia terbaik!
Then dah masuk waktu, tengah makan nasi tu datang waiter kedai.
Sambil pegang kertas bertulis no kereta.. Erm kereta saya! "cuak".
Waiter tu kata, ada cina tunggu dekat parking.. Dia terlanggar kereta awak.
Gulp telan air liur tersekat-sekat. Gagah jugak pergi dengan pai..
Siap masa lalu depan kaunter kedai, ada abang tu cakap.
"ada stereng lock tak dik? Jangan eyh..." Cuak sangat..
So berjalan ke kereta.. Ushar sikit-sikit then call Suami tersayang.
Masa keluar tengok kereta tu.. Gini la lebih kurang aturannya.
Kete Suya yang warna hijau tu, duduk dalam kotak parking.
Then terlekat si Vios gold di situ.. Statik.. Nampak sorang lelaki cina, muda.
Pucat dan cuak muka dia. Dia pun macam gelabah jugak..
Dalam hati duk kata, cool suya..Cool.. Rilek-rilek jer.
Masa call husband pun sama.. Cakap, "B, kete kena langgar.. How eyh?"
Husband kata, " erm nak buat acaner..Benda nak jadi.. "
Gitu jer.. Hal-hal nk setel semua tu tak terfikir. Tapi mujur ada Pai..
Dia slow talk, that Man pun beria-ia suruh amik gambar/video dia
Dia kata dia akan bayar ganti rugi, tapi sekarang dia ada 100 jer.
Suya kata, takpelah.. Amik kad saya.. you bagi contact no you..
Nanti sudah repair Suya bagitahu total cost berapa. Masa ni redha je.
Kalau dia lari pun, nak buat macam mana kan? Benda dah jadi..
Berakhir di situ.. Dia bagi seratus dulu.. So kami pun sambung makan.
Tak berfikir dah pasal kereta.. Cuma terdetik, Allah betul-betul menguji.
Terfikir akan status yang dimuatnaik. MashaAllah.. Mujur boleh berfikir waras.
Betul-betul bertenang dan berdiskusi. Walau takde penutup yang menarik.
Allah Maha Mengetahui dan semuanya kehendak dia kan. So Senyumlah..
Sambung makan dengan nikmat dan gembira.

Thank you Pai.. Thank You Suna..
Korang buat sambutan birthday aku..
Even jauh dari suami tercinta, tetap rasa special sebab ada orang tolong sambut.
Ada orang wish. Ada sweet cake and Jco.. Ai is terharu.. Thanks...
Esoknya 17 July 2014, bertolak balik lepas anta Pai balik USM.
Around 10am kot bertolak dari USM Nibong Tebal,
Then sampai rumah around 2pm. Balik rumah terus flattt..
Penat giler, tertidur di living hall sampai pukul 5.30pm.
Husband balik kerja pun tak sedar. Then suruh husband g beli ayam golek.
Taknak masak, badan rasa lemau sangat-sangat.
Then, malam tidur awal gila. Terawih pun ke laut dalam jugak.
Tup-tup pukul 1am tersedar. Rasa dah puas tidur. Ambik handphone..
Tengok whatapps Nana pasal MH17. Terus buntang biji mata.
Ambil remote, tekan astro Awani.. Then sampai ke sahur..
Takleh nak tidur. TV terpasang.. G solat semua, sambung balik tengok.
Sedihnya ya Allah.. Tuhan je tahu.. Terkesan sangat perihal MH17 ni..
No 17.. first time fly 17.07.1997.. Dan sesuatu yang di panggil kebetulan.
17 July itu juga hari kelahiran Suya.. Sayu nya la hai... Kompem akan ingat.
Selagi diri ini tidak nyanyuk, rasanya akan ingat sampai bila-bila.
Sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk mereka yang beragama islam.
Allah maha mengetahui, maka berserah dan redhalah kita kepadaNya.

Then berbalik cerita kereta dilanggar.
Dah siap baiki, dah sms gtaw that man..
And luckily beliau seorang yang jujur dan tak mungkir janji.
Beliau bank in kan duit untuk total repair cost.
Thanks Allah.. Semuanya daripadaMu..
-The End-







Thursday, July 10, 2014
Assalamualaikum readers
macam lama jer tak update.
Bulan puasa tahun ni pun senyap je kan.
Entahla, tapi view stat masih ada lagi pengunjung-pengunjung setia.
Terima kasih.. Jasamu dikenang gitu.

Entahla, nak kata busy tu.. Biasa laaa kan.
Busy dari 8am ke 5pm jer. Selebihnya?
Hilang di telan hari. Tak berkesempatan tang mana tak tahu.
Selamat berpuasa muslimin muslimat seluruh dunia.
Dah 12 hari dah pun berpuasa di bulan Ramadhan.
Sekejap je kan rasa, dah nak habis puasa..
Kemudian raya. Alhamdulillah..

Tapi kan, tak tahulaaa.. Puasa kali ni biasa-biasa jer.
Malahan kadang-kala rasa sentap, sensitif dan sedih.
Sentap sebab mulut-mulut manusia,
Sensitif sebab banyak duk berfikir dan compare dengan yang lebih
Sedih sebab banyak sangat isu-isu dunia dan semasa.
Berdarah sana sini, Kesian.. :'(
Puasa tahun ni sangat bersederhana.
Baru sekali sepanjang berpuasa ni berbuka kat luar.
Tu pun sebab jemputan member..

Puasa kali ni,masak pun simple-simple je.
Buat malu je kalau nk up ke instagram. Kekekeke kesian!
Puasa tahun ni hubby request satu lauk je tuk sahur
Satu lauk berbuka. Tak mau membazir katanya.
Hidup bukan untuk makan, tapi makan untuk meneruskan hidup.

Tentang dugaan pun banyak. Tapi Alhamdulillah..
Masih mampu digalas.. Allah ada dan Allah lah segalanya.
Memohon dan meminta, teruskan berdoa dan yakin denganNya.
Raya tahun ni inshaAllah beraya di Kelantan.
Member baik dah nak kahwin..Alhamdulillah..
InshaAllah aku ada di sisi nanti saat kau dinikahkan.
Sepertimana kalian meluangkan masa di hari ijabkabulku..

At the end, tercoret di sini.. Random entry.
Bercampur aduk.. Sedikit part puasa, hal raya dan sahabat.
Kepada sahabat-sahabat yang menunggu hari bergelar ibu,
bersabar dan semoga dipermudahkan urusan kalian.
Happy. Doakan kebahagian kita semua bersama
dan jangan lupa doakan saudara-saudara muslim kita
yang berada di segenap ruang dunia. Yang tidak terbela
yang berdarah luka dan cela. Semoga Syurga tempat mereka.

Take care everyone..
Monday, June 16, 2014
Assalamualaikum readers
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.
Sekarang ni macam slow sangat nak menulis di sini.
Rasa kekok untuk berkongsi perasaan atau luahan.
Payah jer nak menyusun kata, macam ada kelainan.
Pening dan hanyut dengan kerja, emosi dan cerita.

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang mendirikan rumahtangga.
Maaf dipinta sekiranya diri ini tak sempat nak hadir.
Kekangan dunia sebenarnya, tiada alasan.
Alhamdulillah.. Kami masih berdua.
Sentiasa berusaha untuk bertiga,berempat dans seterusnya.
Terima kasih untuk soalan-soalan, pernyataan dan andaian.
Yang baik, insyaAllah suya anggap ianya doa.
Yang kurang enak didengari, suya anggap as terlepas cakap.
Mulut manusia, ada masanya sentiasa terlanjur bicara.
Abaikan sebab masih banyak hal-hal yg membahagiakan.
Bak kata suami tersayang, "usah fikirkan hak orang".
Usaha dan tawakkal, insyaAllah. Manis hasilnya.

Terima Kasih Cha ngan Lah,
sebab sudi bermalam kat rumah kitaorang,
memang banyak yang kurang tapi seronoknya lahaiiii
sebab korang sudi datang. Nanti datanglah lagi.
InsyaAllah pintu rumah kami terbuka untuk korang lagi.
Maaf seandai banyak yang terkurang ke apa kan. Chill eyh!

2 3 minggu lepas banyak sangat travel.
Tak sempat balik kampung. Tahniah Kheet for your convo.
Seronok menjejakkan kaki ke universiti. Dejavu.
Kemudian diminta travel ke USM kejuruteraan, Penang.
Tersenyum.. Dejavu kedua.. Seolah-olah ulang tayang.
Cuma tak best kena pergi tanpa si suami. Urusan kerja.
Thanks Kakak sebab temankan cikjey. I love you, dear niece.
To Ngah dan Abang Ngah,
Happy Belated birthday. Semoga suka hadiah-hadiah itu.

Last sekali, puasa pun dah tak lama.
Mohon maaf andai ada terkasar bahasa,tersilap bicara.
Semoga kita semua jujur dan ikhlas menjalani ibadah puasa nanti.
Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak.


Monday, May 26, 2014
Assalamualaikum readers
Bukan nak salahkan sesiapa, tapi sekadar meluah rasa.
Sedih bila Ma  meluah rasa dalam bicara,
menusuk ke hati bisanya  terasa-rasa.
Andai aku mampu menenangkan dengan kata-kata.

Biarlah Ma, orang nak berkata apa sekali pun.
Mereka itu golongan bijak pandai,
seolah-olah terjamin tempatnya di syurga. Kesian Ma.
Janganlah pandang Ma saya sebelah mata.
Sayu hati ni mendengar setiap bait-bait kata Ma.
Rasa nak mempersoalkan kenapa, tapi rasional saya sentiasa ada.

Islam itu agama warisan, dan semua tahu penguasaannya bukanlah warisan.
Itu bergantung kepada kehendak dan keinginan.
Dan tak semuapun antara kita ni lahir je terus celik mata nak kan agama.
sekurang-kurangnya Kami (adik beradik) tak se-bertuah itu.
Again, ini bukan alasan atau mempertahankan diri.
Tapi lebih kepada meluahkan bila ada mulut-mulut tak bertimbang rasa.

Ma saya seorang muallaf yang bertemu dengan Islam secara tak sengaja.
Kahwin dengan ayah saya, orang biasa bukan imam atau bilal atau orang alim.
Ayah yang sangat baik, sebab beliau seorang ayah yang tegas.
Tegas mendidik kami untuk solat, mengaji dan sangat bekerja keras.
Tapi hidup saya dengan ayah tak lama.. Ayah pergi di usia saya 12 tahun.

Tinggal Ma saya.. Muallaf itu utk besarkan anak-anak dia.
Ilmu agama dia cetek yang amat! Yang tahu suruh solat dan mengaji.
Tapi nak diajar sebetul-betulnya pun dia malu. takut salah.
Jadi dia tekankan belajarlah di sekolah dengan ustaz ustazah.
Ilmu dia cetek, dia tak boleh nak ajar tapi boleh suruh belajar.
Cetek yang amat sebab dia tak tahu nak baca quran.
Buta huruf-huruf jawi, solatnya lengkap tapi bertahun-tahun dia baca surah yg sama.
Yang diajar ayah, serba sedikit sebagai panduan untuk jadi Islam.
Dia hafal, gigih!

Ma tak pernah salahkan Ayah. Sebab Ma kata ayah bekerja kuat.
Anak-anak ayah ramai yang perlu disuap. Sebab tu ayah selalu kata,
"belajarlah..Ayah tak mampu nak ajar."
Sekarang aku faham.. Ayah tak mampu nak ajar sebab ayah takda masa.
Berkejaran kerja siang malam untuk kelangsungan kami semua.
Kami adik beradik banyak belajar agama di sekolah.
Ma hanya akan suruh sembahyang dan pergi mengaji.
Tapi ada jer tuang dan ponteng, sebab point utama, Ma bukan tahu pun.
Penekanan aspek agama kurang.. Main panas lagi best.

Dulu kecik-kecik, TV memang takleh buka time maghrib.
Ma nak sembahyang. Ma solat lama.. Sekarang aku berani tanya.
Sebab apa dulu Ma solat lama walhal  masa tu Ma bukan tahu doa panjang2 pun.
Ma kata dia guna waktu tu untuk berkomunikasi dengan Allah. Cara dia.
Mungkin berdoa dan mengadu domba. Aku sendiri tak pasti.
Ma kata dia sedih, selalu tengok orang baca doa panjang-panjang..
Tapi dia tak reti. Anak-anak pun bila besar mula ikut kepala sendiri.
Bukan Ma tak nak ajar, ma sendiri pun cetek penguasaannya.
Ma menangis.. Ma kata Ma gagal. Aku sedih gila bila teringat ni semua.

Now, bila dah besar. Aku makin faham.
Sebab aku mencari, aku membaca dan aku berkawan.
Aku berkeinginan, tapi tak semua pun begini.
Masih ada yang lalai, masih ada yang tuang sana sini.
Takpelah, aku tahu di mana silapnya. Sama-sama kita doakan.

Aku mula menyokong bila mana Ma menyuarakan nak g belajar agama.
Ma gi sekolah di Perkim. Belajar mengaji belajar solat belajar macam-macam.
Ma makin pandai, sepandai kita walau banyak lagi yang kurang..
Ma diajar dan dididik oleh ustaz ustazah seperti kita di sekolah rendah & menengah.
Dari buta jawi, tak boleh baca quran. Sampai Ma boleh baca walau lambat.
Macam budak-budak baru mengenal huruf quran. Itulah Ma.
Sekarang banyak improvement. Ma dah boleh baca Yasin dan quran sendiri.
Kenal huruf Mad, idgham, qalqolah dan sebagainya. Bukan aku yang ajarkan Ma.
Gagal di situ. Moga dibukakan ruang utk aku spend quality time with Ma.
Dulu Ma baca ikut aku atau sesiapa yang baca, tapi now boleh ngaji sama-sama.
Bertanding dengan cucu-cucu pula sekarang ni. Seronok tengok :)
Budaya islam terpupuk kini, dulu tak begini. Dulu banyak baca buku BM/BI.

Sedih.. sedih sebab aku tak berpeluang nak ajar Ma.
Masa seolah-olah habis mengejar ilmu dunia, tinggal di rantauan
dan sekarang pun sama, kerja jauh dari Ma.
Bangga, sebab aku nampak Ma ceria.
Keinginan Ma bercambah membuahkan hasil.
Walau tak perfect, tapi banyak improvement. Ma tahu banyak doa.
jihad Islam Ma makin bercambah dan bertambah.

Kesimpulan di sini, aku nak cakap.. Walaupun aku membesar dengan
seorang ibu yang sangat cetek ilmu islamnya, tak bermakna Ibu aku salah!
Tak bermakna orang-orang layak nak mengata Ma tak reti ajar kami.
ya memang dulu Ma tak tahu. Kami belajar di sekolah dan tahu sendiri
Tapi tak bermakna Kalian layak salahkan Ma sebab Ma tak ajar kami semua tu.
Kami tak bertuah... tapi tak bermakna kami jahil dan dan Ma gagal.
Aku sentiasa doakan adik-beradik aku.
Agar sentiasa dibukakan pintu hati untuk terus mencari dan mencari.
Sebagaimana Ma mencari ilmu islam untuk dirinya walau selepas
melahir dan membesarkan kami semua.
Jadi doakanlah kami semua menjadi pejuang macam Ma.
Doakan kami semua turut akan mencari ilmu-ilmu itu sebagaimana Ma.
Jangan sesekali jatuhkan hukum kepada Ma. Dia ibu yang terbaik buat ku.


Friday, May 16, 2014
Assalamualaikum readers
Selamat Hari Guru untuk semua.
Rindunya zaman sekolah. Rindu nak lepak-lepak.

Rindu semua tentang sekolah..*sebak!
Cepatnya masa berlalu. Almost 15tahun tinggalkan sekolah rendah.
Ingat lagi, sepanjang sekolah rendah.
Selalu duduk dalam kelas pertama, 'Tekun".
Kononnya macam pandai sangat la kan? Tapi yer kot.
Hari tu tengok buku rekod sekolah rendah, berderet A.
Manjang jadi top scorer.. Tak no 1, no 2 atau 3 sahaja.
Tapi sejarah la tu. Sekolah rendah semua pun hebat.

Rindu Mrs. Tan, the one and only teacher diingati.
Sebab Mrs. Tan ni kira legend la kat sekolah SKS.
Legend sebab dia mengajar situ lama gila. Dari zaman KakLong,
Sampai zaman adik Suya, Ikah.. Now dia dah pencen.
Legend sebab after 10years pun dia masih ingatkan aku.
Padahal dah gemuk gedempol, takda langsung wajah zaman dulu.
Thanks teacher, memang besar sangat jasa teacher dengan saya.
Sebab Teacher la saya suka English lesson. Sebab tu juga till now,
I love english books and keep improving myself.
Sampai sekarang masih menulis perkataan-perkataan baru.
Enrich my vocabulary. Thanks Mrs. Tan.
Cikgu-cikgu lain masa sekolah rendah yang masih diingati,
Cikgu Latipah, Sir Zawawi, Cikgu Zainudin, Cikgu Hasnah, Cikgu Mad Awang,
Ustazah Fatimah, Cikgu Lokman.. Selamat Hari Guru cikugu-cikgu.

Masuk sekolah menengah, hilang segala legend.
Sebab duk sekolah tu, mostly pun pandai-pandai.
Payah gila kot nak jadi top one. Macam tak pernah je.
Hahahahaha semua bersaing kot masa tu. Dapat A senyum meleret.
Dapat B boleh lagi senyum, dapat C terus rasa nak hantuk kepala.
Memori, belajar Addmath guna buku log panjang.
Pastu setiap beberapa page mesti ada lukisan, sebab bosan.
Masa tu selalu la cakap, apesal la suka sangat buku log.
Berat kot, merasalah bawa beg berat-berat serbu nak naik bus.
Thanks cikgu-cikgu di SMIP. Jasamu banyak sangat.
Selamat Hari Guru cikgu-cikgu tersayang.


Tuesday, May 6, 2014
Assalamualaikum readers
Yer betul, memang tiada sempadan rezeki.
Yang kena buat adalah bersyukur dan teruskan berdoa.
Aku selalu nasihatkan diri, minda dan hati.
Berlapang dada dengan apa jua yang dilalui.
Sebab Allah SWT lebih tahu segalanya yang terjadi.

Allah itu maha pemurah, pemberi rezeki
Tak da yang lain melainkan dia, sebaik-baik pencipta.
Ada masanya, memang rasa tak mampu nak handle
Tapi selalunya akan ada seseorang yang meniupkan semangat.
Maka dalam diam hati berkata, "Allah kirimkan dia."

Yup, mereka. Suami, Ma, Mama, Siblings, family in Law
Rakan-rakan tersayang, Yahuya & Hotspring.
Bergelak ketawa, bergurau senda memang membahagiakan.
Dan setiap kali bersama mereka walau di alam maya
hati berkata lagi, " Allah jadikan mereka teman-temanku."

Alhamdulillah, almost 26years hidup di muka bumi ni.
Allah permudahkan rezeki insan bernama Suria Hasnizan ini.
Allah jadikan aku sebagai salah seorang yang celik ilmu,
Digandakan aku rezeki belajar bersama-sama teman yang celik ilmu,
Dimudahkan jalanku untuk ke universiti
Dipermudahkan jodohku dengan si baik dan lembut hati.
Digandakan rezeki ku di medan pekerjaan.
Diberikanku kesenangan menguruskan perkahwinan sendiri
Diberikan kelangsungan hidup yang bahagia, semoga berterusan selamanya.

Tak mampu nak senaraikan semuanya.
Sebab terlalu banyak nikmat-nikmat Allah beri sepanjang 25tahun  10 bulan ni.
Nikmat terbesar, nyawa yang tiada galang gantinya ini. Alhamdulillah.
Aku bersyukur dan aku redha dengan segala ketentuan Mu ya Allah.
Kau jadikanlah aku sebagai  seorang insan yang tahu bersyukur.
Kau ajarlah aku untuk terus bersyukur tanpa sekalipun berfikir akan kerugian.
Kau lindungilah aku daripada sifat hasad dan dengki,
Kau jauhilah aku daripada sifat-sifat jahiliyah dan tidak bersyukur.
Sesungguhnya Engkau tuhan yang aku sembah
Yang Maha Kuasa, Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Mendengar.
Engkaulah Pemberi Rezeki di dunia ni, yang memegang segala sempadan.

Amin ya RabbalA'lamin
Monday, May 5, 2014
Assalamualaikum readers
Bulan 5 ni, bulan birthday anak-anak saudara
1 May birthday Achik Fakhrihadi.
3 May birthday Adinda Faris :)
5 May which is hari ni birthday Along Irsalina
6 May esok birthday Husna.
Alhamdulillah, kehidupan yang dirahmati Allah.
Kebahagiaan di segenap sudut.

Cikjey doakan anak-anak CIkjey bahagia
jadi anak soleh dan beriman kepada Allah dan Rasulnya
Moga anak-anak Cikjey akan berjaya dunia dan akhirat.
Sayangi ibu ayah, umi abah, ma ayah sepenuh hati.
Mohon restu mereka untuk jalani hidup yang bahagia.

Semalam, dalam duk terbaring-baring tu,
Bagaikan terlakar kembali memori-memori lama.
Memori zaman kecik dan zaman remaja.
Tersenyum sendiri, sampai laju jemari menulis status di FB.

Hampir 26tahun hidup di atas muka bumi ni
rasanya banyak lagi yang perlu belajar dan di teliti
Masih banyak yang rapuh, moga-moga nanti akan lebih kukuh.
Hati kadang-kadang tak sekuat mana pun, 
tapi Alhamdulillah.. Dengan adanya penyokong-penyokong tegar
masih lagi mampu berdiri teguh, tersenyum simpul 
dan bersorak riang meniti hari-hari yang mendatang.

Si dia sering kali meniupkan angin positif
menjadikan seolah-olah diri ibarat 'princess'.
Ceria dan bahagia, walau sesekali terselit juga airmata.
Ye lah, hakikatnya kita sebagai manusia
Daif dalam segala benda tapi juga kaya dalam emosi dan rasa.
Tuhan lebih tahu akan kehendak dan perasaan hati
Ye lah, Diakan sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.
Semakin hari, semakin cintakan ilmu dan dahagakan tulisan motivasi
Muhasabah diri, agar lebih berdikari dan berkualiti
Ikut resmi padi dan lebih mencari.
Moga-moga kita semua akan dilimpahi berkat dan rahmat
Kebahagian, kecintaan dan rezeki di hari-hari akan datang.


About Me

NN

My Blog List

Kawan-Kawan Saya

special date

January
Aniq Anaqi 0901
Along 1401
February
Atikah 0202
Abg Long 0502
Faqira Dahiya 0802
Alang 1302
March
Rayyan Rizqi 1103
Husband 1603
Nasrul 2003
Suriana 2103
Fendy 2703
Babygone 2703
Chick 3103
April
Imtiaz 0404
Didi 1404
Left SGMM 240415
May
Fakhrihadi 0105
Joined TSC 020516
Faris 0305
Irsalina 0505
Sofea Azzahra 0505
Fasihah Husna 0605
June
Ngah 0406
Abg Ngah 0906
Mustaqim 2106
Joined SGMM 13062011
July
MIL 0207
Azim 1407
Me 1707
Faqhihah Dafinah 2107
Rubee Asyrani 3007
August
Rubee Nhana 0608
K.Naim 1808
Kassim 2308
Ayien Diey 2608
Hanun 3008
September
Mommy 0609
Fakhrul 1109
Amirah Asri 1709
Daniel 2709
October
wedding day 2710
He left SGMM 30102015
November
He join TSC 02112015
December
Amira Nasir 0312
Uqail 141215
MiraKassim 121215






Reminiscence

  • Tok Aman Bali Beach Resort
  • Century Pine Cameron Highland
  • Gold Coast Morib
  • Hotel Asia
  • Hydro Hotel Penang
  • I-City Boutique Hotel
  • Impiana Resort Cherating
  • Ipoh Boutique Hotel
  • Ipoh Tower Regency Hotel
  • Ixora Hotel, Butterworth
  • M Suite Hotel JB
  • Rainbow Paradise Tanjung Bungah
  • Redgalodge Ipoh
  • Silka Maytower, KL
  • Silka cheras, KL
  • Sunway Hotel, Seberang Jaya
  • Tanjong Demong Beach Resort